Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PADU_image wisermy

PADU Kini Berfungsi Sebagai ‘Back-End’ Kepada Perkhidmatan Kerajaan

Diterbitkan April 20, 2026 · Dikemas kini April 20, 2026 oleh Amalina Athman

Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) kini berfungsi sebagai back-end atau tulang belakang kepada perkhidmatan kerajaan, dengan menyediakan repositori profil sosioekonomi rakyat yang lebih menyeluruh dan menghampiri masa nyata.

Bermula Mei 2026, Kementerian Ekonomi akan mula menawarkan perkhidmatan analitik data PADU (Analytic-as-a-service) kepada agensi kerajaan menerusi portal analitik PADU. Inisiatif ini membolehkan agensi kerajaan melaksanakan analisis sosioekonomi yang dapat memenuhi keperluan dan mempertingkat kesejahteraan rakyat.

Dari segi capaian data, PADU kini mengandungi sejumlah 30.7 juta profil sosioekonomi melibatkan warganegara dan pemastautin tetap setakat April 2026. Jumlah ini terhasil daripada proses pengintegrasian berterusan bersama pelbagai agensi kerajaan. Dengan pendekatan ini, orang ramai tidak lagi perlu mengemas kini maklumat secara manual di portal PADU.

Sebagai rekod awal, seramai 10.5 juta individu berumur 18 tahun ke atas telah mengemas kini maklumat masing-masing antara 2 Januari hingga 31 Mac 2024.

Berbalik kepada konteks, PADU juga akan menyokong pelbagai bentuk perkhidmatan kepada agensi kerajaan, termasuk perkhidmatan profil (Profile-as-a-Service), perkhidmatan data (Data-as-a-Service) serta platform penyatuan data (Unified Data Platform).

Antara kegunaan utama data PADU termasuk untuk perancangan dasar, reka bentuk program serta proses semakan dan verifikasi maklumat. Penggunaannya dijangka terus meningkat selaras dengan usaha ke arah kerajaan berpacukan data (data-driven government).

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀

𝐇𝐀𝐋𝐀 𝐓𝐔𝐉𝐔 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐓𝐀 𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀 (𝐏𝐀𝐃𝐔) 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐊𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐑𝐊𝐄𝐒𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍

KEMENTERIAN EKONOMI
20 APRIL 2026… pic.twitter.com/Kj9FRBmWhf

— Kementerian Ekonomi – Laman Rasmi (@EkonomiMalaysia) April 20, 2026

Dari aspek keselamatan, PADU telah didaftarkan sebagai aset di bawah Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII), selaras dengan Akta Keselamatan Siber 2024.

Ke hadapan, sembilan bidang tumpuan akan menjadi keutamaan, merangkumi reformasi pendidikan, kesihatan, pasaran buruh dan perumahan, peningkatan tahap sosioekonomi golongan sasar, pengukuhan keselamatan dan pertahanan, persediaan ke arah negara tua, pengurusan bencana serta pemerkasaan GovTech bagi memperbaharui perkhidmatan kerajaan.

Portal PADU boleh diakses melalui padu.gov.my.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Lebih 17 Juta Profil Rakyat Malaysia Telah Dikemas Kini Dalam Sistem PADU
  • Sebanyak 1,433 Aplikasi Kerajaan Telah Dibangunkan - Kementerian Digital
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Sekatan Akses Akaun Media Sosial Bagi Kanak-Kanak Dijangka Hujung Jun - Fahmi

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY