Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
P11 Mungkin Nama Terbaru Telefon Pintar Flagship Huawei

P11 Mungkin Nama Terbaru Telefon Pintar Flagship Huawei

Diterbitkan Januari 12, 2018 · Dikemas kini Januari 12, 2018 oleh Helmi Samsuri

Sebagai pengguna, kita kadang-kala sedikit bingung dengan cara syarikat pengeluar telefon pintar menamakan peranti mereka. Nokia misalnya menamakan model sebagai Nokia 2, tetapi tidak ada pula model Nokia 1.

Contoh lain adalah Apple yang sebelum ini menamakan iPhone mengikut urutan namun tiada iPhone 9.

Huawei turut dikatakan mahu melakukan perkara yang sama, melangkaui urutan nama telefon (baca disini) dengan meletakkan nama model seterusnya sebagai Huawei P20 dan bukannya Huawei P11.

P11 Mungkin Nama Terbaru Telefon Pintar Flagship Huawei

Namun perkhabaran terkini menunjukkan bahawa model baru untuk tahun 2018 mungkin akan diberi nama Huawei P11. Halaman web rasmi Huawei dikatakan secara tidak sengaja memaparkan peranti tersebut dan apa yang mengejutkan adalah wujudnya Huawei P12.

Namun sedikit meragukan kerana Huawei tidak pernah mengeluarkan dua model “P” dalam tahun yang sama kecuali versi “Pro” dan “Plus”. Walaubagaimanapun, kini timbul persoalan baru sama ada Huawei P20 akan dikeluarkan atau tidak.

Tahun 2017 dilihat tahun yang terbaik buat Huawei dan untuk 2018 pula, syarikat dilapor mahu memfokuskan segmen bajet, terdiri daripada kelas pertengahan dan juga kelas permulaan.

Sumber: Telefoon Abonnement

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
©2026 WISER.MY