Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OrCam MyEye 2.0 – Alat Ini Boleh Bantu Orang Cacat Penglihatan “Melihat” Dunia Sekeliling

OrCam MyEye 2.0 – Alat Ini Boleh Bantu Orang Cacat Penglihatan “Melihat” Dunia Sekeliling

Diterbitkan Januari 17, 2018 ยท Dikemas kini Januari 17, 2018 oleh Helmi Samsuri

Consumer Electronic Show 2018 atau lebih dikenali dengan singkatan CES 2018 merupakan pentas kepada pengeluar dan pembangun teknologi dalam mempamerkan ciptaan mereka.

Pelbagai peranti serta teknoloni diperlihatkan dan antara yang menarik perhatian adalah OrCam MyEye 2.0. Ia merupakan alat yang boleh membantu orang cacat penglihatan “melihat” dunia sekeliling.

Peranti ini dipasang pada cermin mata dan ia berkebolehan melakukan beberapa fungsi seperti memahami teks serta membacanya semula menerusi audio. Ia mampu membaca pada bermacam-macam permukaan, kertas, dinding, label produk makanan dan lain-lain.

Fungsi lain adalah mengenal pasti wajah dan juga boleh mengingati nama orang. OrCam MyEye 2.0 turut berupaya membezakan not wang kertas dan melalui beberapa gerakan tangan, pelbagai ciri boleh diaktifkan, contohnya seperti pemberitahuan waktu.

Menurut pengasas bersama merangkap CEO syarikat, Ziv Aviram, alat ini dicipta dengan tujuan membantu golongan cacat penglihatan juga sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah membaca dan lain-lain penyakit seumpama dengannya.

Sumber: OrCam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Israel Didakwa Mengintip Pengguna Starlink Termasuk Malaysia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
©2026 WISER.MY