Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Find X9 Ultra

OPPO Sahkan Tarikh Pelancaran Global Find X9 Ultra

Diterbitkan April 1, 2026 · Dikemas kini April 1, 2026 oleh ariff bukhari

OPPO hari ini mengesahkan bahawa pelancaran global Find X9 Ultra akan berlangsung pada 21 April 2026.

Ia bakal menjadi pencapaian terbesar dalam sejarah fotografi mudah alih syarikat itu kerana telefon flagship ini dilengkapi dengan kamera telefoto Hasselblad 50MP yang menawarkan 10x Ultra-Sensing Optical Zoom sebenar serta kualiti optik setara 20x – sesuatu yang belum pernah dicapai dalam industri.

Kebanyakan telefon pintar premium hanya mampu mencapai 4x atau 5x zoom kerana kekangan ruang. tetapi OPPO berjaya mengatasi cabaran ini dengan membangunkan teknologi Quintuple Prism Reflection Periscope Structure yang memantulkan cahaya melalui lima prisma untuk menghasilkan zoom 10x tanpa menjejaskan reka bentuk nipis telefon.

OPPO Sahkan Tarikh Pelancaran Global Find X9 Ultra

Selain itu, OPPO memperkenalkan Pristine Optical Path Architecture dengan diafragma berskala nanometer dan kapsul udara khas, memastikan imej lebih bersih.

Bagi kestabilan pula, OPPO membangunkan sistem Sensor Shift Optical Stabilization baharu untuk memberikan hasil gambar yang tajam walaupun pada zoom tinggi.

Jadi, sama-sama nantikan pendedahan penuh Find X9 Ultra ini pada acara pelancaran global pada 21 April akan datang.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • OPPO Find N6 Dilancarkan - Snapdragon 8 Elite Gen 5, 16GB RAM, Harga RM8,699

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY