OPPO Pertingkatkan Kualiti Rakaman Video Pada OPPO Reno2

Pelbagai ciri menarik rakaman video diperkenalkan khusus pada OPPO Reno2.


Seperti sedia maklum, OPPO telah pun melancarkan secara rasminya model terbaru telefon pintar OPPO Reno2 pada lewat Ogos lalu. Telefon pintar berkuasa yang dilengkapi dengan 4 kamera utama itu bukan sahaja meningkatkan kualiti rakaman foto sahaja, tetapi juga OPPO turut meningkatkan lagi kualiti rakaman video pada peranti tersebut.

Menerusi kamera utama 48MP, OPPO Reno2 kini menyokong teknologi Ultra Steady video, Bokeh Effect video dan video zoom.



Tidak cukup dengan itu, OPPO memuatkan 2 ciri terbaru khusus bagi rakaman video iaitu Electronic Image Stabilization (EIS) dan Optical Image Stabilization (OIS).

Kehadiran 2 ciri baru tersebut membolehkan pengguna OPPO Reno2 merakam video dengan lebih baik tanpa gegaran yang menjengkelkan pada kadar 60fps.



Malah kamera OPPO Reno2 yang dilengkapi dengan teknologi 5x zoom hibrid hingga 20x zoom digital membolehkan penggunanya merakam video mereka pada pelbagai sudut bagi menghasilkan video menarik dan berkualiti.



OPPO Reno2 dijangka akan menjengah pasaran Malaysia tidak lama lagi.