Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tng ewallet

Tiada Bantuan e-Dompet RM200 Malaysia MADANI Seperti Yang Ditularkan

Diterbitkan Februari 17, 2023 · Dikemas kini Februari 17, 2023 oleh ariff bukhari

Ekoran daripada penularan berkaitan bantuan e-dompet yang tular, Kementerian Kewangan Malaysia hari ini menegaskan bahawa tiada sebarang bantuan e-dompet berjumlah RM200 seperti yang ditularkan.

Kementerian itu menegaskan bahawa ia sebagai berita palsu dengan mengaitkannya dengan Malaysia MADANI dan menggunakan antaramuka aplikasi TnG kononnya ia boleh dituntut menerusi aplikasi tersebut.

Ini bukanlah kali pertama cubaan penipuan yang dibuat bagi menipu orang ramai.

Sebelum ini pada bulan Disember 2022 lepas, Pasukan Respons Pantas (PRP) dari Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD) telah mengesan satu mesej tular berhubung Bantuan Warganegara Malaysia (BWM) berjumlah RM900 yang kononnya akan dikreditkan menerusi aplikasi Touch ‘n Go Wallet.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan melengkapkan butiran peribadi di pautan yang diterima mereka menerusi aplikasi permesejan.

Sumber: KKM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Ketahui Jenis Akaun TNG eWallet Anda Dan Perbezaannya
  • Yes Juara Baru Penyedia Internet Mudah Alih Terpantas Di Malaysia - nPerf
  • CEO WhatsApp Gesa Jangan Guna Telegram, Dakwa Ia Aplikasi Intip Rusia

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY