Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Astro Bertindak Ke Atas 2 Restoran Selepas Siar Kandungan Cetak Rompak

Astro Bertindak Ke Atas 2 Restoran Selepas Siar Kandungan Cetak Rompak

Diterbitkan Ogos 15, 2023 · Dikemas kini Ogos 15, 2023 oleh ariff bukhari

Astro terus berusaha perangi kandungan cetak rompak mereka dengan terkini Astro telah mengemukakan tuntutan sivil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap dua premis restoran.

Ia selepas syarikat itu berjaya mengumpul bukti bahawa 2 restoran itu menstrim dan menunjukkan kandungan Astro cetak rompak kepada pelanggan di premis mereka.

2 Premis itu adalah Restoran Jamal Mohamed & Sheriff di Petaling Jaya dan SDP Bistro di Taman Molek , Johor Bahru.

Pemilik restoran juga turut dikenakan dalam tuntutan sivil tersebut.

Ekoran itu, Astro telah mendapatkan satu pengisytiharan  daripada Mahkamah Tinggi bahawa tindakan pemilik restoran itu menayang dan menunjukkan kandungan hak cipta Astro kepada pelanggan di premis perniagaan mereka tanpa kebenaran atau lesen Astro adalah satu tindakan pelanggaran hak cipta menurut Seksyen 36 Akta Hak Cipta 1987.

Kedua-dua cawangan dan pemilik restoran itu telah mengakui salah laku mereka dan berhenti daripada melanggar kandungan hak cipta Astro.

Restoran Jamal Mohamed & Sheriff juga telah komited untuk langganan Astro yang sah.

Kejayaan tindakan undang-undang terhadap organisasi komersial ini sebilangan daripada beberapa kes lain yang berlaku dalam tahun ini di mana mahkamah telah menjatuhkan denda kepada individu yang didapati bersalah atas pelanggaran hak cipta dengan menjual kotak TV lanun yang menawarkan akses tanpa kebenaran kepada kandungan Astro.

Berkaitan

  • 2 Individu Didenda RM40 Ribu Jual 'Android Box' Dengan Kandungan Astro Secara Haram
  • Maxis Tawar Akses 5G Percuma Sehingga 15 September
  • Cepat Muat Turun Secara Percuma 2 'Game' Bernilai Lebih RM100 Ini Sekarang

Sumber: Siaran media Astro

Gambar utama: Tangkap layar adegan filem Lagi-Lagi Senario dari Netflix.

(Anda juga boleh langgan pelbagai pek siaran Astro secara sah dari stor rasmi Astro di Shopee dan Lazada).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY