Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi SU7

Xiaomi SU7 Dilancar, Brek Brembo, Skrin 3K, Bakal Tiba Hujung 2024

Diterbitkan Disember 28, 2023 ยท Dikemas kini Disember 28, 2023 oleh ariff bukhari

Xiaomi sebentar tadi secara rasmi melancarkan kereta elektrik sedan(EV) terbaru, Xiaomi SU7 di China.

Xiaomi menyatakan, SU7 dihasilkan untuk mereka yang menyukai teknologi dan golongan elite dalam era moden ketika ini.

Membandingkan saiznya pula, CEO Xiaomi memberitahu ia bersaiz sama seperti kereta BMW Siri 5 dan lebih besar dari Tesla Model 3.

Xiaomi SU7 Dilancar, Brek Brembo, Skrin 3K, Bakal Tiba Hujung 2024

Direka oleh pereka konsep di BMW dan Mercedes, Xiaomi mengumpulkan pereka-pereka terkemuka dalam industri yang membentuk pasukan untuk menjayakan pembangunan SU7.

Xiaomi SU7 Dilancar, Brek Brembo, Skrin 3K, Bakal Tiba Hujung 2024

SU7 dilengkapi dengan panel skrin utama bersaiz 16.1 inci beresolusi 3K, HUD (Head up display) 56 inci serta 2 skrin untuk penduduk di bahagaian belakang.

Xiaomi SU7 Dilancar, Brek Brembo, Skrin 3K, Bakal Tiba Hujung 2024
Xiaomi SU7menjalankan sistem operasi HyperOS.
Screenshot 2023-12-28 at 3.06.20 PM

Selain ciri skrin sentuh, Xiaomi masih mengekalkan butang fizikal untuk pelbagai fungsi seperti sistem penyejukkan dan untuk merendah atau menaikkan ketinggian kereta tersebut.

Screenshot 2023-12-28 at 4.08.11 PM
Screenshot 2023-12-28 at 4.08.30 PM

Xiaomi menyatakan, SU7 adalah sebuah EV berprestasi dan premium.

Jadi ia dilengkapi dengan komponen-komponen premium dari pelbagai vendor terkemuka seperti sistem brek dari Brembo, SCHAEFFLER, BOSCH dan banyak lagi.

Xiaomi SU7 Dilancar, Brek Brembo, Skrin 3K, Bakal Tiba Hujung 2024

Xiaomi SU7 hadir dalam 3 pilihan warna istimewa yang menarik iaitu Biru, Kelabu dan Hijau.

Xiaomi SU7 Dilancar, Brek Brembo, Skrin 3K, Bakal Tiba Hujung 2024
Xiaomi SU7 Dilancar, Brek Brembo, Skrin 3K, Bakal Tiba Hujung 2024
Xiaomi SU7 Dilancar, Brek Brembo, Skrin 3K, Bakal Tiba Hujung 2024

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY