Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus Nord Buds 2

Fon Telinga OnePlus Nord Buds 2 Diumumkan, Berharga RM329

Diterbitkan April 4, 2023 ยท Dikemas kini April 4, 2023 oleh ariff bukhari

Selain model telefon pintar terbaru OnePlus Nord CE 3 Lite 5G yang diumumkan hari ini, OnePlus juga turut mengumumkan fon telinga terbaru OnePlus Nord Buds 2.

OnePlus menambah baik fungsi tetapan OnePlus Nord Buds 2 di mana kini pengguna boleh menyesuaikan tetapan menggunakan sentuhan pantas dengan menekan lama untuk bagi menetapkan tetapan.

OnePlus juga menyatakan, jangka hayat bateri OnePlus Nord Buds 2 mampu bertahan sehingga 7 jam apabila ia dicaj penuh tanpa kerangkanya dan 36 jam dengan kerangka pengecasan.

Malah ia juga hanya mengambil masa 10 minit sahaja masa pengecasan untuk ia bertahan sehingga 5 jam penggunaan (ciri Pembatalan Bunyi Aktif dimatikan).

OnePlus Nord Buds 2 1
OnePlus Nord Buds 2 turut tahan lama terhadap habuk dan air dengan penarafan IP55 yang diperakui.

OnePlus Nord Buds 2 ditawarkan dalam 2 pilihan warna menarik, Lightning White dan Thunder Gray pada harga RM329.

Sempena pelancarannya juga, OnePlus menawarkan promosi diskaun bernilai RM30 bagi setiap pembelian OnePlus Nord Buds 2 yang akan bermula dari 18 April sehingga 25 April 2023 nanti.

Berkaitan

  • OnePlus Nord CE 3 Lite Rasmi, Akan Dijual Pada Harga RM1099
  • Siri iQOO Z7 Bakal Tiba Di Malaysia Pada 10 April Ini
  • Sony WF-C700N, TWS Dengan "Noise Cancelling" Mula Dijual Pada Harga RM549

Sumber: Media OnePlus

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyDigital ID Nafi Guna Teknologi Blockchain Pihak Ketiga
  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
  • CMF Perkenal Speaker S Dan Speaker M, Bateri Sehingga 18 Jam
  • COROS PACE 4 Pro Dilancar 21 Oktober Ini, Skrin Lebih Besar, Bateri Tahan Lama
  • Pengguna Nothing Mula Terima Kemas Kini Nothing OS 5.0
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Kongsi, Cipta 'Sticker' Berbunyi
  • Microsoft Perkenal Maia 300 Dengan Memori HBM4 288GB
  • Microsoft Mula Guna Cip AI Sendiri Dalam Pusat Data, Perlu Tenaga Setara Beberapa Loji Nuklear
©2026 WISER.MY