Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Pad 2_e

OPPO Pad 2 Dan Enco Free3 Turut Dilancarkan

Diterbitkan Mac 22, 2023 · Dikemas kini Mac 22, 2023 oleh Amalina Athman

Bersama-sama pelancaran Find X6 dan X6 Pro, OPPO turut mengumumkan Pad 2 dan TWS terbaharu dalam siri Enco, iaitu Enco Free3.

Berkaitan

  • (Reaksi Awal) OPPO Find N2 Flip - Macam Ni Telefon Lipat Yang Betul
  • OPPO Find N2 Flip Berharga RM3999 - Dimensity 9000+, Bateri 4300mAh, Hasselblad
  • OPPO Find X6 Pro Dilancar, Pencabar Baharu Sensor Kamera 1 Inci

OPPO Pad 2

OPPO Pad 2 membawakan rekaan dan spesifikasi yang hampir sama seperti OnePlus Pad yang dilancarkan pada bulan lalu.

OPPO Pad 2_b

Tablet ini dilengkapi skrin berukuran 11.6-inci LTPS LCD dengan resolusi 2000×2800 serta kadar segar semula sehingga 144Hz dan nisbah 7:5.

Beralih kepada cip pemproses, Pad 2 didatangan dengan MediaTek Dimensity 9000 yang digandingkan bersama 8/12GB RAM LPDDR5 dan sehingga 512GB storan dalaman yang berasaskan UFS 3.1. Tiada sokongan slot kad microSD yang disertakan pada tablet ini. Sementara itu, kamera 13MP dan 8MP masing-masing diletakkan pada bahagian belakang dan hadapan peranti.

Bagi menghidupkan peranti, OPPO Pad 2 diisi dengan kapasiti bateri 9,510mAh yang menyokong pengecasan 67W melalui kabel USB-C.

OPPO Pad 2_c

Hadir dengan dua pilihan warna iaitu Nebula Gray dan Light Feather Gold, OPPO Pad 2 diletakkan pada harga berikut:

  • 8GB + 256GB – 2,999 yuan (~RM1,947)
  • 12GB + 256GB – 3,399 yuan (~RM2,207)
  • 12GB + 512GB – 3,999 yuan (~RM2,597)

OPPO Enco Free3

OPPO Enco Free3_3

OPPO Enco Free3 dilengkapi sokongan penstriman Hi-Res Audio melalui codec LDAC dan Bluetooth 5.3. Fon telinga ini turut menyokong pembatalan hingar aktif (ANC) dan spatial audio. 

Berkenaan dengan hayat bateri, Enco Free3 menawarkan penggunaan sehingga 30 jam dengan kotak pengecasan.

OPPO Enco Free3_2

Antara lainnya, fon telinga ini mempunyai pengiktirafan IP55 serta menggunakan diafragma daripada gentian buluh, yang menawarkan 60% lebih ringan berbanding pemacu audio tradisional.

OPPO Pad 2 Dan Enco Free3 Turut Dilancarkan

OPPO Enco Free3 hadir dengan dua pilihan warna iaitu Blue Frost White dan Bamboo Shadow Green. Harga yang ditawarkan untuk pasaran China adalah 499 yuan (~RM324).

Sumber: OPPO Pad 2, OPPO Enco Free3

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY