Jika OPPO Find X5 Pro sudah mempunyai sistem kamera yang baik dimana kolaborasi Hasselblad membuahkan hasil, mereka kini tampil dengan Find X6 Pro dan Find X6.
OPPO Find X6 Pro

Rekaan Find X6 Pro akhirnya diberi nafas baharu, seiring dengan penampilan rupa paras pesaing-pesaing lain, iaitu bonggol kamera bulat besar.
Telefon ini hadir dengan tiga tetapan kamera - 50MP utama 1" f/1.8 (IMX989) + OIS, 50MP telefoto periskop 50MP f/2.6 bersaiz 1/1.56" (IMX890) + OIS dan 50MP ultra lebar f/2.2 bersaiz 1/1.56" yang juga menyokong mod makro pada jarak 4cm.
Kesemuanya turut dilengkapi teknologi Hasselblad dan juga MariSilicon X. Malah, yang terbaru, OPPO memperkenalkan Hasselblad Portrait Mode dimana ia dikatakan mampu memberikan hasil seakan-seakan lensa daripada jenama Hasselblad itu sendiri - XCD30 dan XCD80.

Dari segi kemampuan rakaman video, ia boleh merakam format 4K pada zum 3x dan 6x serta menyokong 4K Dolby Vision HDR. Sementara lensa swafoto adalah 32MP f/2.4.
Di dalam, ia dilengkapi cip Snapdragon 8 Gen 2 dengan padanan memori 12/16GB RAM LPDDR5X serta storan sebesar 256/512GB UFS 4.0. Bekalan bateri pula 5000mAh yang menyokong pengecasan 100W SuperVOOC berwayar dan 50W AirVOOC wayarles.
Melengkapkannya, skrin AMOLED berukuran 6.82 inci beresolusi 3168x1440 dengan kadar segar semula 120Hz serta dilindungi Corning Gorilla Glass Victus 2. Selain Dolby Vision dan HDR10+, kecerahan paparannya adalah sehingga 2500 nits. Ia juga mempunyai penarafan kalis air dan debu IP68.
OPPO Find X6

OPPO Find X6 mempunyai sedikit perbezaan dari segi penawaran spesifikasinya. Ia masih hadir dengan tiga tetapan kamera dimana 50MP utama bersaiz 1/1.56" f/1.8 (IMX890) + OIS, 50MP telefoto periskop bersaiz 1/1.56" f/2.6 dan 50MP ultra lebar bersaiz 1/2.76" f/2.0 yang juga menyokong makro pada jarak 3cm. Lensa swafotonya pun masih sama dengan model Pro, iaitu 32MP.

Peranti ini dikuasakan cip MediaTek Dimensity 9200 bersama-sama memori 12GB RAM, storan 256GB, bateri 4800mAh dengan pengecasan 80W berwayar dan tiada wayarles. Ia juga mempunyai penarafan kalis air dan debu IP64.
Paparannya berukuran 6.74" dengan resolusi 2772x1240 serta menyokong kadar segar semula 120Hz. Kecerahan maksimumnya pula hanyalah 1450 nits.
Akhir sekali, kesemua siri OPPO Find X6 ini menjalankan ColorOS 13.1.
Harga
OPPO Find X6 Pro dijual pada tanda harga bermula CNY5999 (~RM3895) untuk varian 12/256GB. Manakala OPPO Find X6 pula hadir dengan harga permulaan CNY4499 (~RM2921).
Buat masa sekarang, belum diketahui lagi sama ada peranti tersebut bakal dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Sama-sama kita nantikan.
{suggest}
Berkaitan
- OPPO Find X2 Edisi League of Legends Akan Dilancarkan 19 Oktober Ini
- OPPO Reno7 Z Akan Dilancar Di Malaysia Esok
- OPPO Catat 4,000 Unit Produk Terjual Semasa 9.9 Mega Sale
- Prestasi Bateri Teruk? OPPO Bagi Jaminan Tukar Bateri Percuma Selama 4 Tahun
- Siri OPPO Reno6 Mungkin Dilancarkan Pada Bulan Ini
- OPPO Reno5 F Kini Hadir Buat Pasaran Tempatan, Ini Harganya
- Miliki Siri OPPO Reno5 Serendah RM1 Melalui Pelan Syarikat Telco
- OPPO Bakal Umum Teknologi Kamera Bawah Skrin Generasi Kedua 4 Ogos Ini
- OPPO Reno5 5G Akan Hadir Buat Pasaran Tempatan 18 Januari Ini
- Rekaan Dan Spesifikasi Rasmi OPPO Find X3 Didedahkan, Hadir Dengan Warna 10-bit