Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pencabar Samsung Dan Apple? OnePlus Pad Rasmi – Cip Dimensity 9000, Skrin “Unik”

Pencabar Samsung Dan Apple? OnePlus Pad Rasmi – Cip Dimensity 9000, Skrin “Unik”

Diterbitkan Februari 7, 2023 ยท Dikemas kini Februari 8, 2023 oleh Amsyar Latif

Sejak Xiaomi “membangkitkan” kembali tablet Android menerusi Xiaomi Pad 5 sekitar Ogos tahun 2021, pasaran ini semakin lama semakin meriah. Seperti yang saya pernah jangkakan pada tahun lalu.

Makin hari, makin banyak tablet daripada jenama Android lain dilancarkan. Kini, setelah sekian lama, OnePlus akhirnya merasmikan tablet sulungnya menerusi OnePlus Pad.

Pernah disebut-sebut sebagai pencabar tablet Apple iPad dan Samsung Galaxy Tab, OnePlus seolah-olah tidak main-main atau melancarkan hanya sekadar ‘test market’. Dalam pelancarannya juga, ia dibandingkan bersebelahan dengan peranti daripada dua jenama popular dalam pasaran tablet.

Pencabar Samsung Dan Apple? OnePlus Pad Rasmi – Cip Dimensity 9000, Skrin “Unik”

Di dalam tablet ini, ia dilengkapi cip MediaTek Dimensity 9000 dengan padanan memori 12GB RAM serta storan dalaman UFS 3.1. Bateri sebesar 9510mAh dibekalkan bersama-sama kelajuan mengecas 67W.

Dikatakan ada kemampuan main balik video selama 14.5 jam, OnePlus juga turut menyatakan baterinya boleh dicas hanya dalam 60 minit dari 1% hingga hampir 90%.

Pencabar Samsung Dan Apple? OnePlus Pad Rasmi – Cip Dimensity 9000, Skrin “Unik”

Skrin yang ditawarkan adalah seluas 11.6 inci dengan lengkungan 2.5D, resolusi 2800×2000, panel LCD, kecerahan 500 nits dan sokongan kadar segar semula 144Hz.

Uniknya di sini, nisbah paparan agak pelik dan jarang-jarang dibuat orang kerana skrinnya bernisbah 7:5.

Kalau anda kurang arif, nisbah skrin tablet khususnya iPad adalah 4:3. Katanya mesra untuk membaca kandungan pada peranti. Selain itu, ia turut menyokong Dolby Vision dan juga Dolby Atmos untuk pembesar suara.

Tidak dilupakan, kamera belakangnya adalah sebesar 13MP, sementara kamera untuk “mesyuarat atau kelas dalam talian” sebesar 8MP.

Seiring dengan kamera di tengah-tengah belakang peranti, ia juga ditawarkan dalam satu warna sahaja, iaitu Halo Green yang sekaligus menonjolkan lagi identiti OnePlus.

Pencabar Samsung Dan Apple? OnePlus Pad Rasmi – Cip Dimensity 9000, Skrin “Unik”

Tambahan lagi, melengkapkan lagi sesebuah tablet, ia juga boleh dipadankan bersama papan kekunci magnetik serta stylus diberi nama OnePlus Stylo….yang semuanya dijual berasingan.

Antara ciri menarik lain dalam tablet ini, ia hadir dengan kemampuan perkongsian rangkaian 5G. Mudah kata, anda dengan mudah mempunyai rangkaian internet tanpa memasukkan kad SIM kerana ia boleh dipadankan dengan telefon OnePlus. Secara tidak langsung, OnePlus sepertimana jenama lain, ada ekosistem tersendiri.

Pencabar Samsung Dan Apple? OnePlus Pad Rasmi – Cip Dimensity 9000, Skrin “Unik”

Sayang sekali, OnePlus tidak mengumumkan harga jualannya lagi. Tapi melihat kepada spesifikasi ditawarkan, sudah pasti harganya kurang mesra poket.

Berkaitan

  • OnePlus 11 - Snapdragon 8 Gen Dengan Hasselblad Gen 3, Tiba Di Malaysia 14 Februari
  • Konsol PS5 Sony Terjual Banyak, Tapi Jualan Telefon Semakin Sendu
  • OnePlus Buds Pro 2 Rasmi, Ditala Oleh Hans Zimmer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY