Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Oppo Mungkin Akan Memperkenalkan Satu Siri Baru Pada 10 Oktober Ini

Oppo Mungkin Akan Memperkenalkan Satu Siri Baru Pada 10 Oktober Ini

Diterbitkan Oktober 2, 2018 · Dikemas kini Oktober 2, 2018 oleh Haikel Areff

Syarikat pengeluar telefon pintar dari China, Oppo dikhabarkan akan memperkenalkan satu lagi siri baru dibawah jenama mereka iaitu Oppo K. Peranti pertama bagi siri berkenaan adalah Oppo K1, dan dilaporkan bakal dilancarkan pada 10 Oktober ini.

Sebelum ini, dua buah model Oppo dengan nombor model – PBCM10 dan PBCM30 tekah disenaraikan di laman TENAA. Ia berkemungkinan besar merupakan dua variasi berbeza bagi model Oppo K1 ini nanti.

Oppo Mungkin Akan Memperkenalkan Satu Siri Baru Pada 10 Oktober IniKredit : Digit

Menurut penyenaraian berkenaan, Oppo K1 ini akan menggunakan skrin jenis AMOLED 6.4-inci dan hadir dengan dua variasi iaitu 4GB RAM + 64GB simpanan dalaman serta 6GB RAM + 128GB simpanan dalaman.

Dari segi kamera pula, peranti ini dijangka akan hadir dengan dwi-kamera utama 16MP+2MP dan lensa 25MP bagi kamera swafotonya. Peranti ini turut akan dikuasakan oleh bateri berkapasiti 3,500mAh dan dijalankan dengan sistem operasi Android 8.1 Oreo berlapiskan Color OS.

Walaubagaimanapun, model Oppo Find X dengan 10GB RAM turut dilihat tersenarai pada laman TENAA seperti yang kami laporkan sebelum ini.

Oppo Mungkin Akan Memperkenalkan Satu Siri Baru Pada 10 Oktober IniKredit : Weibo

Maka, melihat pada tarikh dan masa dalam imej poster acara di atas, mungkin juga majlis yang dimaksudkan adalah melancarkan model berkenaan dan bukannya Oppo K1 ini. Sama-sama kita nantikan.

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY