Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO K1 Sudah Rasmi, Ada Sistem Imbasan Cap Jari Dibawah Skrin

OPPO K1 Sudah Rasmi, Ada Sistem Imbasan Cap Jari Dibawah Skrin

Diterbitkan Oktober 10, 2018 oleh Helmi Samsuri

Pasaran China kini telah rasmi menerima kedatangan model baru, OPPO K1. Ia ditampilkan dengan ciri imbasan cap jari dibawah skrin paparan AMOLED yang berukuran 6.4 inci.

OPPO K1 Sudah Rasmi, Ada Sistem Imbasan Cap Jari Dibawah Skrin

Dibahagian dalaman, ia menggunapakai Snapdragon 660 ditemani RAM 4GB/6GB dan ruang simpanan sebesar 64GB.

Sistem kamera pula adalah dari gabungan 16MP dan 2MPĀ  sementara kamera selfie mengenakan lensa 25MP. Keupayaan kamera dipertingkatkan dengan teknologi AI untuk mengenalpasti suasana dan latarbelakang.

OPPO K1 Sudah Rasmi, Ada Sistem Imbasan Cap Jari Dibawah Skrin

Dijana dengan bateri 3500mAh, OPPO K1 akan menjalankan Android 8.1 dihiasi antaramuka ColorOS 5.2.

Harga jualan berbeza mengikut variasi RAM; RAM 4GB/64GB 1599 Yuan (~RM 960) dan RAM 6GB/64GB 1799 Yuan (~RM 1080).

Sumber: GSM Arena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY