Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
coloros 13 malaysia

OPPO Janji 4 Versi ColorOS Untuk Peranti Kelas Andalan Terpilih

Diterbitkan Disember 21, 2022 ยท Dikemas kini Disember 21, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

OPPO berjanji bahawa mereka akan memberikan kemas kini 4 versi ColorOS dan 5 tahun tampalan keselamatan untuk sesetengah model andalan (flagship) yang dikeluarkan tahun depan.

coloros 13 (1)

Sewaktu pelancaran ColorOS tahun lalu, OPPO sudah menjanjikan 3 kemas kini OS dan 4 tahun kemas kini keselamatan bagi siri Find X dan nampaknya mereka memanjangkan lagi tempoh kemas kini untuk model akan datang.

Berkaitan

  • ColorOS 13 Rasmi - Ini Yang Baru Dan Senarai Peranti Yang Akan Terimanya
  • OPPO Kongsi Jadual Peranti Yang Terima ColorOS 13 Sepanjang Disember 2022
  • OPPO Find N2 Dan Find N2 Flip Dilancarkan, Bakal Saingi Z Fold Dan Z Flip

Justeru, model kelas andalan tahun ini dan sebelumnya seperti Oppo Find X5 Pro dan Find N tidak termasuk dalam polisi baharu (5 tahun OS + 4 tahun keselamatan) kerana ia sudah dilancarkan.

Bukan itu saja, ini juga bermakna model permulaan dan kelas pertengahan tidak akan mendapat 4 + 5 ini kerana OPPO hanya janjikannya pada peranti andalan.

coloros 13

Antara jenama lain yang menjanjikan 4 tahun OS + 5 tahun kemas kini keselamatan ialah Samsung.

Google masih kekal menawarkan 3 tahun kemas kini OS dan 5 tahun kemas kini keselamatan.

Selain itu, OPPO juga mengatakan versi terbaru ini tersedia pada lebih banyak pengguna, 3 kali ganda lebih tinggi daripada ColorOS 12.

Kami sudah menggunakan ColorOS 13 pada OPPO Find N2 dan mendapati ia semakin baik daripada versi-versi sebelum ini. Nantikan ulasan peranti boleh lipat OPPO Find N2 daripada kami kelak.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital โ€“ Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY