Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
coloros 13 malaysia

ColorOS 13 Rasmi – Ini Yang Baru Dan Senarai Peranti Yang Akan Terimanya

Posted on Ogos 18, 2022Ogos 18, 2022

OPPO sebentar tadi secara rasmi melancarkan versi baharu antara muka mereka iaitu ColorOS 13 yang berasaskan Android 13.

Untuk versi ini, OPPO berkata ia diilhamkan daripada pergerakan air justeru terhasillah rekaan Aquamorphic sebagai tema utama.

Paparan

Palet tema terbaharu hadir dengan inspirasi perubahan cahaya timbul dan tenggelamnya matahari pada paras laut.

Pada sama juga, UI terbaru menambah baik kebolehbacaan teks dalam apa-apa bahasa.

Dengan susun atur reka bentuk gaya kad yang ditambah baik juga, ia akan memberikan pengalaman penggunaan yang lancar bersama visual yang selesa serta kemas.

Bagi ciri paparan kekal atau ‘always-on-display’, Homeland akan memaparkan haiwan bersama habitat mereka dengan visual cuaca yang dikemas kini dalam masa nyata.

Dynamic Computing Engine

Selain itu, teknologi Dynamic Computing Engine yang dibina sendiri oleh OPPO juga melengkapkan antara muka kali ini buat julung kalinya.

Antara kelebihannya ialah meningkatkan hayat bateri dan membenarkan lebih banyak aplikasi berjalan pada latar. Ia menambah baik pengurusan penggunaan ‘hardware’ lantas mengimbangkan antara prestasi dan penggunaan bateri yang rendah.

Multi-Screen Connect

Dalam pada itu, OPPO juga berkata ColorOS 13 ini akan memberi pengalaman sambungan antara peranti yang dipertingkat.

Contohnya, aplikasi Multi-Screen Connect menyokong sambungan antara telefon, OPPO Pad Air dan PC. Ia juga memudahkan penghantaran fail dengan sokongan format yang lebih banyak.

Auto-Pixelate

Dari segi keselamatan pula, Auto Pixelate akan mengenal pasti kemudian mengaburkan gambar profil serta nama dalam setiap tangkap layar (screenshot) chat melalui satu sentuhan.

Ciri ini menyokong WhatsApp dan Messenger sahaja. Algoritma akan mengaburkan objek tanpa mengakses kandungan mesej, menurut OPPO.

{suggest}

Peranti yang akan menyokongnya

Melepaskan kemas kini kali ini adalah pelan terbesar dalam sejarah ColourOS, kata OPPO.

Dalam tempoh setahun, hampir 35 peranti meliputi 60 negara akan ColorOS 13 ini jika ia menepati rancangan.

Peranti terawal ialah Find X5 Pro dan X5 dan anda boleh menyemaknya melalui tetapan bermula hari ini.

Lebih 20 peranti OPPO yang lain pula akan menerimanya bermula 2023.

Sumber: Siaran Akhbar realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress