Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Find X8 Ultra in Black

OPPO Find X8 Ultra Dilancarkan – Snapdragon 8 Elite, Naik Taraf Lensa Periskop

Diterbitkan April 11, 2025 · Dikemas kini April 11, 2025 oleh Amalina Athman

OPPO kini melancarkan peranti andalan terbaharu, iaitu OPPO Find X8 Ultra.

Find X8 Ultra in White

Menyentuh spesifikasi, Find X8 Ultra dilengkapi panel rata 6.82-inci LTPO OLED dengan resolusi QHD, sokongan kadar segar semula sehingga 120Hz, maksimum kecerahan 1,600 nit serta mempunyai ketahanan kalis air dan habuk IP68 dan IP69.

Peranti ini dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite dengan konfigurasi memori sehingga 16GB RAM LPDDR5x-9600 dan storan sehingga 1TB berasaskan UFS 4.1.

Find X8 Ultra_s Next-Gen Penta Camera System

Untuk kemampuan fotografi, Find X8 Ultra dinaik taraf daripada pendahulunya, dengan menampilkan Sistem Kamera Penta Generasi Baharu yang dibangunkan bersama Hasselblad. Peranti ini hadir dengan lima sensor kamera, termasuk 50MP utama dengan sensor 1-inci Sony LYT-900 f/1.8, 50MP ultra lebar serta sensor True Chroma Camera baharu.

Find X8 Ultra_s 3x Periscope Telephoto Camera

Sementara dua lensa 50MP periskop telefoto masing-masing menggunakan sensor 1/1.56″ Sony LYT-700 dengan 3x zum optik dan sensor 1/1.95″ Sony LYT-600 dengan 6x zum optik, yang mampu meningkatkan pencahayaan sehingga 151%.

HyperTone Image Engine generasi baharu daripada Oppo meningkatkan keupayaan pemprosesan imej untuk prestasi lebih mantap dalam pencahayaan mencabar. Teknologi pemetaan ton AI pula memberikan kedalaman dan perincian yang lebih baik. Manakala enjin ProXDR menambah baik kecerahan dan butiran warna, dengan dakwaan peningkatan perincian data sehingga 4 kali ganda.

Dengan Find X8 Ultra, Master Mode menerima kemas kini yang ketara. Ia kini menyokong output 50MP JPEG MAX dan RAW MAX, sokongan automatik untuk Night Mode, serta dilengkapi dengan ciri Focus Magnifier dan Focus Peaking untuk ketepatan fokus yang lebih tinggi.

Find X8 Ultra turut menyokong rakaman gerak perlahan (slow-mo) 4K pada 120fps, dan turut menyokong Dolby Vision.

OPPO Find X8 Ultra Dilancarkan – Snapdragon 8 Elite, Naik Taraf Lensa Periskop

Bagi menghidupkan peranti, Find X8 Ultra diintegrasikan dengan kapasiti bateri 6,100mAh bersama sokongan pengecasan 100W berwayar dan 50W wayarles. Lain-lain termasuk sokongan sambungan Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4 serta menjalankan ColorOS 15 berasaskan Android 15.

Tiga pilihan warna ditawarkan iaitu Matte Black, Pure White dan Shell Pink.

Harga dan ketersediaan

Find X8 Ultra akan mula dijual di China pada 16 April, dengan harga berikut:

  • 12GB + 256GB – 6,499 yuan (~RM3,942)
  • 16GB + 512GB – 6,999 yuan (~RM4,246)
  • 16GB + 1TB – 7,999 yuan (~RM4,852)

Beli produk OPPO di:

  • Shopee – https://invl.me/clmn6c4
  • Lazada – https://invl.me/clmn6c6

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • OPPO Find N5 Rasmi, Telefon Lipat Nipis Dengan Harga RM7,999
  • OPPO A5 Pro Dengan 'IP Rating' IP66/68/69 Dijual Pada Harga Bermula RM899 Di Malaysia
  • (Ulasan) OPPO Reno13 Pro - Boleh Fotografi Dalam Air Tapi Ada Kekurangan Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY