Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO FIND N3

OPPO Find N3 Flip Rasmi, ‘Flip’ Pertama Dengan 3 Kamera Pada Harga RM4,399

Diterbitkan Oktober 19, 2023 · Dikemas kini Oktober 19, 2023 oleh Amsyar Latif

Awal tahun ini kita telah menyaksikan kehadiran telefon boleh lipat dengan rekaan clamshell atau flip pertama dari OPPO. Hari ini, penggantinya, OPPO Find N3 Flip dilancarkan secara rasmi.

Masih lagi menggunakan MediaTek, Find N3 Flip dikuasakan cip Dimensity 9200 yang dipadankan bersama 12GB memori serta storan 256GB UFS 4.0.

Seperti pendahulunya, skrin hadapan atau cover screen adalah seluas 3.26 inci AMOLED dengan resolusi 720×382 serta kecerahan maksimum 900 nits.

OPPO FIND N3 FLIP COVER SCREEN – 1
OPPO FIND N3 FLIP COVER SCREEN – 2

Namun, pada skrin hadapannya kini sudah mempunyai widget yang lebih interaktif serta hadirnya aplikasi mini di mana membolehkan kita menggunakan aplikasi-aplikasi tertentu melalui cover screen.

Namun, jangan risau, fungsi aplikasi mini tersebut juga bakal ditawarkan untuk peranti Find N2 Flip dalam kemas kini akan datang.

OPPO FIND N3 Flip N2

Beralih pada skrin utama, ia dilengkapi paparan seluas 6.8″ LTPO AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz serta resolusi 2520×1080. Ciri lain adalah kecerahan maksimum 1600 nits dan HDR10+.

Tambahan lagi, OPPO berkata paparannya kali ini 25% lebih kurang crease dan ia mempunyai penarafan TÜV Rheinland sehingga 600,000 lipatan.

OPPO FIND N3 FLIP – 7

Beralih kepada kamera, ia merupakan kamera jenis ‘flip’ pertama di dunia yang mempunyai tiga kamera dengan kolaborasi Hasselblad; merangkumi 50MP (IMX890, 1/1.56) utama, 48MP (IMX581) ultra lebar dan 32MP (IMX709) telefoto. Sementara 32MP (IMX709) untuk lensa swafoto.

OPPO FIND N3 FLIP – 8
OPPO FIND N3 FLIP – 9

Dari segi rekaan, hampir sama sahaja tetapi Find N3 Flip lebih bulat atau lengkung serta ia kini menampilkan alert slider, sama fungsi seperti siri OnePlus.

OPPO FIND N3 FLIP – 1

Lain-lain spesifikasi adalah bateri 4300mAh dengan kelajuan mengecas 44W SuperVOOC, dwi-pembesar suara, Dolby Atmos, Wi-Fi 7, dwi eSIM 5G, penarafan IPX4 dan menjalankan ColorOS 13.2 berasaskan Android 13 dengan sokongan 4 tahun kemas kini OS serta 5 tahun tampalan keselamatan.

Screenshot 2023-10-19 at 3.40.04 PM

Peranti ini dipasarkan pada harga RM4,399 di Malaysia. Anda boleh buat tempahan awal bermula hari ini, 19 Oktober hingga 27 Oktober.

Tempah OPPO Find N3 Flip di:

Shopee – https://invl.io/clk387u

Lazada – https://invol.co/clk387w

Berkaitan

  • (Ulasan) OPPO Find N2 - Sayang Seribu Kali Sayang, Lipatanmu Kekal Terbayang
  • (Reaksi Awal) OPPO Find N2 Flip - Macam Ni Telefon Lipat Yang Betul
  • OPPO Find N2 Flip Berharga RM3999 - Dimensity 9000+, Bateri 4300mAh, Hasselblad

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY