OPPO F5 Edisi Fattah Amin Akan Ditawarkan Tidak Lama Lagi

Kita sudah maklum bahawa OPPO Malaysia memperkenalkan peranti OPPO F5 dalam beberapa versi seperti versi standard, versi Youth dan juga versi RAM 6GB yang diiringi dengan casing merah bertakhtakan Swarowski.

Kini bakal menambah satu lagi variasi dalam siri OPPO F5 adalah edisi istimewa Fattah Amin, pelakon lelaki hangat dipasaran ketika ini.

Apa yang membezakan edisi Fattah Amin dengan yang lain adalah ia menawarkan beberapa kandungan dalam telefon yang bercirikan pelakon terbabit.

Bagi peminat yang betul-betul mahu memiliki peranti ini, anda akan disajikan dengan kandungan seperti gambar latarbelakang Fattah Aminbunyi penggera dengan tema Fattah Amin serta tandatangan menghiasi panel belakang telefon pintar.



OPPO F5 edisi Fattah Amin ini berkongsi spesifikasi dengan versi-versi lain iaitu, skrin paparan 6 inci, dipacu dengan cip pemprosesan MediaTek Helio P23, RAM 4/6GB, storan dalaman 64GB, bateri 3200mAh, kamera belakang 16MP dan kamera selfie 20MP.

Jika anda peminat setia pelakon lelaki ini, mungkin boleh tunggu pengumuman dari OPPO sedikit masa sahaja lagi.