Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Akan Mula Jual Telefon Tanpa Pengecas Dalam Kotak Bermula 2023

OPPO Akan Mula Jual Telefon Tanpa Pengecas Dalam Kotak Bermula 2023

Diterbitkan September 1, 2022 oleh Amalina Athman

Ketika ini, walaupun semakin banyak jenama telefon yang tidak lagi menawarkan pengecas dalam kotak pembelian, OPPO adalah antara jenama yang masih mengekalkan pengecas.

Bagaimanapun, khabar terbaru menyatakan OPPO mungkin akan menyertai pengeluar telefon lain dengan tidak lagi menyertakan pengecas dalam kotak, bagi beberapa peranti yang akan dilancarkan seawal tahun hadapan.

Berkaitan

  • OPPO Reno8 Dan Reno8 Pro Dijual Di Malaysia Bermula RM2,399
  • OPPO Akan Lancarkan Dua Peranti Saingi Galaxy Fold Dan Flip
  • Peranti Redmi Ini Akan Hadir Tanpa Pengecas Dalam Kotak Pembelian

Timbalan Presiden Jualan dan Perkhidmatan Luar Negara OPPO, Billy Zhang turut mengesahkan strategi itu, di mana beliau menyatakan pengecas akan dikeluarkan dari kotak pada tahun hadapan, khusus untuk beberapa peranti.

Walaupun pihaknya tidak mengesahkan peranti mana yang akan menyaksikan pengeluaran pengecas dari kotak, beliau kemudiannya menyatakan bahawa OPPO boleh mengambil pendekatan strategik untuk keputusannya, dengan mengekalkan pengecas untuk pasaran tertentu dan selebihnya tidak lagi menerima pengecas dalam kotak pembelian.

Buat masa ini, tidak dinyatakan alasan di sebalik keputusan untuk tidak menawarkan pengecas dalam kotak pembelian.

Sumber: Android Police

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY