Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oppo reno8 website (2)

OPPO Reno8 Dan Reno8 Pro Dijual Di Malaysia Bermula RM2,399

Diterbitkan Julai 21, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

OPPO Reno8 dan Reno8 Pro sah dijual di Malaysia dengan pratempahan mula diambil hari ini sehingga 29 Julai 2022.

Reno8 didagangkan pada harga RM2,399, dijana MediaTek Dimensity 1300 dengan RAM 8GB dam ROM 128GB. Penggunaan harian dibantu bateri 4500mAh dengan sokongan pengecasan 80W.

oppo reno8 website (1)

Pratempah atau beli Reno8 di Lazada melalui dengan klik pada pautan INI

Pratempah atau beli Reno8 di Shopee melalui dengan klik pada pautan INI

Panel AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz jadi taruhan paparan model ini bukan Pro ini.

Kameranya berlakang terdiri daripada 50MP+2MP+8MP dan lensa swafoto pula 32MP.

Reno 8 Pro dijual pada harga RM3,499 dengan cip MediaTek Dimensity 8100-Max bersama RAM sebesar 12GB. Storan dalamannya pula setinggi 256GB bersama bateri 4500mAh dengan sokongan pengecasan 80W.

Pratempah atau beli Reno8 Pro di Lazada melalui dengan klik pada pautan INI

Skrinnya pula bersaiz 6.7″ menggunakan panel AMOLED FHD+ berkadar segar 120Hz.

Dengan cip MariSilicon X, tiga ‘mata’ di belakang ialah 50MP+8MP+2MP. Kamera di panel hadapan pula dari sensor Sony IMX709 sebesar 32MP.

Kedua-dua model ini menggunakan sensor IMX766 bagi lensa 50MP.

OPPO Reno8 Dan Reno8 Pro Dijual Di Malaysia Bermula RM2,399

Mereka yang membuat pratempahan akan mendapat pelbagai hadiah dan tawaran menarik termasuk perlindungan skrin setahun.

Sumber: OPPO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY