OPPO A83 Dijangkakan Pelancarannya Pada 30 Disember Ini

Awal bulan yang lalu beberapa imej telefon pintar yang dipercayai model OPPO A83 telah dimuat naik di internet. Disamping itu, ia juga dilapor telah kelihatan pada laman web pensijilan TEENA menandakan pengenalannya bakal dibuat tidak lama lagi.

Kini, sekali lagi muncul khabar angin yang memperlihatkan rekaan OPPO A83 beserta perincian mengenai teknologi yang bakal melengkapkan telefon pintar itu.







Kelihatan ia tampil dengan rekaan berasaskan logam dibahagian belakang dengan kamera 13MP beserta LED Flash manakala kamera hadapan adalah lensa 8MP. Pada sisi kanan pula terletak butang kelantangan bunyi serta butang kuasa.

Port USB, bicu audio 3.5 mm dan speaker tersemat dibahagian bawah peranti yang memperagakan skrin paparan 5.7 inci bernisbah 18:9. Bakal dikuasakan dengan cip pemprosesan MediaTek MT6763T bergandingan bersama RAM 4/6GB dan storan dalaman sebesar 16/32GB.

Dipercayai akan beroperasi menggunakan Android Nougat 7.1.1 dan dijana dengan bateri berkapasiti 3090mAh.

Agak pelik sedikit kerana jika diperhatikan, tidak kelihatan pengimbas cap jari dibahagian depan mahupun belakang. Tidak dapat dipastikan lagi teknologi mana yang akan digunakan untuk proses nyahkunci skrin.

Pelancaran peranti ini dijangka akan berlangsung pada 30 Disember depan.

Sumber: Slash Gear