Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mrt putrajaya

Operasi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu Bermula Jam 3 Petang Hari Ini

Diterbitkan Jun 16, 2022 · Dikemas kini Jun 16, 2022 oleh ariff bukhari

Akhirnya MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu akan dibuka kepada orang ramai bermula jam 3,00 petang hari ini.

Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada pagi hari ini.

Fasa Satu sepanjang 17.5km meliputi sembilan stesen baharu dan tiga stesen yang
pada asalnya sebahagian daripada MRT Laluan Kajang.

Berikut adalah stesen-stesen yang berada di dalam laluan Putrajaya Fasa Satu dari Stesen Kwasa Damansara ke Kampung Batu:-

  • Stesen Kwasa Damansara
  • Stesen Kampung Selamat
  • Stesen Sungai Buloh
  • Stesen Damansara Damai
  • Stesen Sri Damansara Barat
  • Stesen Sri Damansara Sentral
  • Stesen Sri Damansara Timur
  • Stesen Metro Prima
  • Stesen Kepong Baru
  • Stesen Jinjang
  • Stesen Sri Delima
  • Stesen Kampung Batu

mrt putrajaya fasa satu

MRT Laluan Kajang, MRT Laluan Putrajaya ini akan dikendalikan oleh Rapid KL. MRT menyatakan, anggaran masa perjalanan dari Stesen MRT Kwasa Damansara ke Stesen MRT Kampung Batu adalah 24 minit.

Berita baik untuk semua pengguna perkhidmatan Rapid KL juga, Perdana Menteri telah pun mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma selama sebulan bermula hari ini, 16 Jun 2022, bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL.

Ini termasuklah MRT, LRT, Bas Rapid Transit (BRT), monorel serta bas RapidKL.

Sumber: MRT Corp
Baca juga:
  • Tambang Percuma Untuk LRT, MRT Dan Semua Di Bawah RapidKL Mulai Hari
  • Kini Lebih 80 Peranti Sokong 5G Malaysia, DNB Terus Sediakan Fasiliti Uji Peranti
  • Celcom Akan Tepati Tarikh Akhir 30 Jun Sertai DNB – Axiata

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY