Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenAI Sokong Filem Animasi AI Untuk Tayangan Perdana Di Cannes

OpenAI Sokong Filem Animasi AI Untuk Tayangan Perdana Di Cannes

Diterbitkan September 9, 2025 oleh ariff bukhari

OpenAI, pencipta ChatGPT, menyatakan sokongan terhadap penerbitan sebuah filem animasi panjang yang sebahagian besarnya dihasilkan menggunakan alat kecerdasan buatan (AI).

Usaha ini bertujuan membuktikan bahawa teknologi AI boleh merevolusikan industri perfileman Hollywood dengan tempoh penghasilan lebih pantas dan kos yang jauh lebih rendah.

Filem berjudul “Critterz” ini mengisahkan sekumpulan haiwan hutan yang berdepan pengembaraan selepas kampung mereka diganggu seorang pendatang asing.

Penerbit menyasarkan tayangan perdana di Festival Filem Cannes pada Mei 2026 sebelum dilancarkan secara global di pawagam.

Projek ini mempunyai bajet di bawah AS$30 juta dengan tempoh produksi hanya sembilan bulan — berbeza dengan kos tipikal filem animasi besar iaitu AS$100–200 juta serta kitaran pembangunan selama tiga tahun.

Critterz bermula sebagai filem pendek oleh Chad Nelson, pakar kreatif di OpenAI, yang membangunkan konsep itu tiga tahun lalu menggunakan alat penjana imej DALL-E.

Nelson bekerjasama dengan Vertigo Films (London) dan Native Foreign (Los Angeles) untuk mengembangkannya menjadi filem penuh.

Proses penghasilan menggabungkan teknologi AI dan tenaga manusia — artis menghasilkan lakaran yang kemudian diproses oleh model AI OpenAI termasuk GPT-5, manakala pelakon sebenar akan menyumbang suara.

Skripnya ditulis oleh penulis yang turut menghasilkan filem berjaya “Paddington in Peru”.

Namun, projek ini muncul ketika industri Hollywood sedang bergelut dengan isu hak cipta melibatkan studio besar seperti Disney, Universal dan Warner Bros.

Discovery yang memfailkan saman terhadap syarikat AI seperti MidJourney kerana didakwa melatih model mereka menggunakan watak berhak cipta secara haram.

Filem ini dibiayai oleh Federation Studios, syarikat induk Vertigo yang berpangkalan di Paris, dengan kira-kira 30 penyumbang berkongsi keuntungan melalui model pampasan khusus.

Critterz bukanlah filem animasi pertama yang dihasilkan dengan AI generatif.

Pada 2024, “DreadClub: Vampire’s Verdict” dan “Where the Robots Grow” telah dilancarkan, bersama versi pendek asal Critterz, tetapi menerima ulasan bercampur-campur.

Pengkritik masih meragui sama ada teknologi AI kini mampu menghasilkan karya layar perak berkualiti tinggi yang menyentuh emosi penonton. – AFP

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Populariti Melonjak, Nano Banana Catat Lebih 10 Juta Pengguna Baharu Gemini
  • Kerajaan Jepun Rai 40 Tahun Dragon Ball Dengan Koleksi Syling Edisi Terhad

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY