Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenAI ChatGPT Plus

OpenAI Perkenal ChatGPT Plus, Harga Langganan Bawah RM100

Diterbitkan Februari 2, 2023 · Dikemas kini Februari 2, 2023 oleh Amalina Athman

OpenAI kini mengumumkan ChatGPT Plus, iaitu perkhidmatan ChatGPT untuk versi berbayar. Masih dalam fasa perintis, ianya ditawarkan dengan harga langganan bulanan sebanyak $20 (~RM85).

Berkaitan

  • ChatGPT Buat Google Dan Meta Pening Kepala 'Tak Keruan'
  • Jadi 'Fenomena', Baidu Juga Dilapor Mahu Lancar Aplikasi Seakan ChatGPT
  • Google Hanya Akan Bertahan 2 Tahun Saja Lagi Kerana ChatGPT

Melalui pelan langganan ChatGPT Plus, OpenAI menyediakan beberapa kelebihan termasuk akses umum kepada ChatGPT, walaupun waktu puncak. Selain itu, masa tindak balas adalah lebih pantas dan akan diberikan keutamaan untuk akses ciri dan penambahbaikan baharu.

Bagaimanapun, ketika ini pelan langganan ChatGPT Plus hanya akan tersedia untuk pengguna di Amerika Syarikat (AS). Dalam beberapa minggu akan datang, OpenAI akan memulakan proses jemputan daripada senarai menunggu.

Dalam pada itu, OpenAI turut menyatakan perancangannya untuk memperluas akses dan sokongan pelan langganan berkenaan ke lebih banyak negara tidak lama lagi.

We are piloting ChatGPT Plus, a subscription plan that offers faster response times and reliability during peak hours. And of course, the free tier of ChatGPT is still available. https://t.co/2hEBw6h5Se

— OpenAI (@OpenAI) February 1, 2023

Untuk pengguna sedia ada ChatGPT, tidak perlu risau kerana ianya masih ditawarkan dengan akses percuma. Dinyatakan, dengan menawarkan pelan langganan tersebut, mereka akan dapat membantu menyokong ketersediaan akses percuma ChatGPT kepada lebih ramai pengguna.

Sumber: ChatGPT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY