Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenAI_The Intercept

OpenAI Mohon Batal Perintah Serah 20 Juta Log Perbualan ChatGPT

Diterbitkan November 14, 2025 · Dikemas kini November 14, 2025 oleh Amalina Athman

OpenAI memohon hakim persekutuan di New York membatalkan perintah yang mewajibkannya menyerahkan 20 juta log perbualan ChatGPT tanpa nama, dalam kes tuntutan hak cipta yang difailkan oleh The New York Times dan beberapa media lain.

Memetik laporan Reuters, OpenAI berkata menyerahkan log itu boleh mendedahkan perbualan peribadi pengguna, selain menegaskan 99.9% transkrip tiada kaitan dengan dakwaan pelanggaran hak cipta dalam kes tersebut.

Untuk lebih jelas: sesiapa sahaja di dunia yang pernah menggunakan ChatGPT dalam tempoh tiga tahun lalu kini berdepan kemungkinan perbualan peribadi mereka akan diserahkan kepada The Times untuk ditapis sesuka hati dalam satu tindakan bersifta andaian,” kata syarikat itu dalam satu pemfailan mahkamah.

Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat OpenAI Dane Stuckey dalam siaran blog turut menyatakan perkongsian log tersebut akan melanggar perlindungan privasi dan keselamatan, serta memaksa syarikat menyerahkan puluhan juta perbualan peribadi daripada individu yang tiada kaitan dengan saman tersebut.

Pihak media pula berhujah log perbualan itu diperlukan untuk menentukan sama ada ChatGPT menyalin kandungan yang dilindungi hak cipta, serta untuk menangkis dakwaan OpenAI bahawa respons chatbot itu “digodam” untuk mencipta bukti.

Dalam saman tersebut, pihak media mendakwa OpenAI telah menyalahgunakan artikel untuk melatih ChatGPT.

Jurucakap The New York Times berkata tulisan blog OpenAI “dengan sengaja mengelirukan pengguna dan mengabaikan fakta sebenar.”

“Tiada privasi pengguna ChatGPT yang terjejas,” katanya. “Mahkamah telah mengarahkan OpenAI menyerahkan sampel log perbualan, yang dianonimkan oleh OpenAI sendiri, di bawah perintah perlindungan undang-undang”.

OpenAI kini diberi tarikh akhir sehingga hari ini untuk menyerahkan transkrip tersebut.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • OpenAI Dan Amazon Umum Kerjasama Strategik $38 Bilion Untuk Kuasa AI Masa Depan
  • Badan Muzik Jerman Menang Kes Hak Cipta Terhadap OpenAI
  • OpenAI Uji Ciri 'Group Chat' ChatGPT - Kini Tersedia Di 4 Negara

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY