Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenAI_The Intercept

OpenAI Ambil Alih io – Syarikat Milik Veteran Apple Jony Ive

Diterbitkan Mei 22, 2025 ยท Dikemas kini Mei 22, 2025 oleh Amalina Athman

OpenAI bakal mengambil alih io, sebuah syarikat perkakasan yang diasaskan oleh bekas ketua reka bentuk Apple, Jony Ive, bersama beberapa jurutera lain yang pernah bekerja dengannya di Apple termasuk Scott Cannon, Evans Hankey dan Tang Tan.

Difahamkan, Ive tidak akan menyertai OpenAI secara langsung, dan firma reka bentuk miliknya, LoveFrom, akan kekal sebagai entiti bebas.

Namun begitu, menurut laporan Bloomberg, LoveFrom akan memainkan peranan utama dalam aspek reka bentuk untuk OpenAI, termasuk perisian, sebagai sebahagian daripada perjanjian yang dianggarkan bernilai AS$6.5 bilion (~RM27.6 bilion).

Apabila io digabungkan dengan OpenAI, Jony Ive dan LoveFrom akan memikul tanggungjawab besar dalam aspek reka bentuk dan kreativiti merentasi OpenAI dan io,” menurut kenyataan Sam dan Jony Ive di laman web OpenAI.

Sebanyak kira-kira 55 jurutera perkakasan, pembangun perisian dan pakar pembuatan akan menyertai OpenAI sebagai sebahagian daripada pengambilalihan ini, termasuk Cannon, Hankey dan Tan.

Peranti pertama hasil kerjasama tersebut dijangka akan dilancarkan pada 2026. Walaupun begitu, produk yang bakal diperkenalkan bukanlah bertujuan untuk menggantikan iPhone.

Menurut CEO OpenAI Sam Altman, “sama seperti telefon pintar tidak membuatkan komputer riba lenyap, saya rasa produk pertama kami ini juga tidak akan menghapuskan telefon pintar. Ia adalah sesuatu yang baharu dan berbeza”.

openAI io lovefrom_

Dalam temu bual bersama Bloomberg, Ive turut mengkritik beberapa produk kecerdasan buatan (AI) seperti Humane Pin dan Rabbit R1, menyifatkannya sebagai “produk yang sangat lemah” kerana kurangnya idea baharu yang ‘diterjemahkan’ dalam reka bentuk produk.

Kini, pastinya menjadi tumpuan ramai pihak untuk melihat bagaimana Jony Ive akan mereka bentuk peranti untuk syarikat yang mempelopori teknologi yang dipercayai oleh beberapa eksekutif Apple mampu mengancam kedudukan iPhone.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • OpenAI Dilapor Sedang Bangunkan Rangkaian Sosial Seakan Platform X
  • OpenAI Berminat Beli Chrome Jika Google Dipaksa Jual
  • "Anda Mungkin Tak Perlukan iPhone Dalam 10 Tahun Lagi" - Eksekutif Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY