Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

OpenAI Lancar Codex Micro, Papan Kekunci Mini Untuk Pengguna AI Codex

Posted on Julai 16, 2026Julai 16, 2026

OpenAI secara rasmi memperkenalkan Codex Micro, iaitu perkakasan pertama syarikat yang dibangunkan bersama pengeluar papan kekunci mekanikal Work Louder. Peranti ini direka khusus untuk pengguna ChatGPT Codex, sekali gus memudahkan interaksi dengan ejen AI ketika melakukan tugasan pengaturcaraan. 

Berbeza dengan jangkaan ramai yang menantikan peranti AI hasil kerjasama OpenAI dan bekas pereka Apple, Jony Ive, Codex Micro bukanlah sebuah komputer atau telefon pintar.

Sebaliknya, ia merupakan papan kekunci makro bersaiz kompak yang bertindak sebagai pusat kawalan fizikal untuk mengurus pelbagai tugasan Codex. 

https://x.com/OpenAIDevs/status/2077425991790870644?s=20

Codex Micro dilengkapi 13 suis mekanikal, satu joystick, tombol putar (rotary encoder) dan sensor sentuh. Enam kekunci utamanya turut mempunyai lampu RGB yang memaparkan status setiap ejen Codex secara masa nyata, seperti sedang berfikir, menjalankan tugasan, menunggu atau telah selesai. 

OpenAI turut membolehkan pengguna memetakan pelbagai pintasan kepada kekunci tersebut, termasuk menerima atau menolak cadangan kod, memulakan sesi baharu, menggunakan fungsi push-to-talk serta melancarkan aliran kerja seperti menyemak pull request, membaiki pepijat atau melakukan refactoring kod.

Pengguna juga boleh melaraskan tahap penaakulan AI menggunakan tombol putar yang disediakan. 

Codex Micro menyokong sambungan Bluetooth dan USB-C, serasi dengan komputer Windows serta Mac, dan dijual pada harga AS$230 (~RM936). Ia turut disertakan dengan set kekunci khas Codex serta boleh dikonfigurasikan menerusi aplikasi desktop ChatGPT. 

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress