Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

OpenAI Disaman, ChatGPT Didakwa Dorong Anak Bunuh Diri

Diterbitkan Ogos 27, 2025 · Dikemas kini Ogos 27, 2025 oleh ariff bukhari

Sepasang ibu bapa di California, Matthew dan Maria Raine telah bertindak dengan memfailkan saman terhadap OpenAI dan CEO, Sam Altman selepas anak lelaki mereka, Adam (16 tahun), meninggal dunia akibat bunuh diri pada April 2025.

Mereka mendakwa ChatGPT memberi arahan terperinci berkaitan cara mengikat jerutan dan malah mengesahkan keberkesanan tali yang digunakan Adam.

Adam, yang mula menggunakan ChatGPT untuk tugasan sekolah, didakwa semakin bergantung kepada bot sembang tersebut hingga membentuk hubungan yang dianggap “intim.”

Saman itu turut memetik perbualan di mana ChatGPT didakwa menyatakan “anda tidak berhutang kepada sesiapa untuk bertahan hidup” dan menawarkan bantuan menulis nota bunuh diri.

Keluarga Raine menuntut pampasan serta langkah keselamatan baharu, termasuk menamatkan automatik mana-mana perbualan melibatkan kecenderungan mencederakan diri serta kawalan ibu bapa untuk pengguna bawah umur.

Kes ini dikendalikan oleh Edelson PC dan Tech Justice Law Project, yang turut terlibat dalam dua kes sama terhadap Character.AI.

Syarikat AI hanya akan serius tentang isu keselamatan apabila berdepan tekanan luar, undang-undang, atau litigasi.

Sementara itu, organisasi Common Sense Media memberi amaran bahawa penggunaan AI sebagai teman maya atau penasihat kesihatan mental adalah “terlalu berisiko untuk remaja.”

Kajian mereka menunjukkan hampir 3 daripada 4 remaja di AS pernah menggunakan AI sebagai teman, dengan lebih separuh daripadanya adalah pengguna tetap.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Microsoft Kini Syorkan Pengguna Matikan 2 Ciri Windows Ini
  • Inifinix Pegang Rekod Dunia Guinness "Telefon Pintar Ternipis Dengan Paparan 3D Melengkung"

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY