Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ChatGPT iOS

OpenAI Lancar Aplikasi ChatGPT Untuk iOS

Diterbitkan Mei 19, 2023 oleh Amalina Athman

OpenAI hari ini mengumumkan pelancaran aplikasi ChatGPT untuk iOS. Aplikasi ini akan tersedia secara percuma untuk iPhone dan iPad dan boleh dimuat turun melalui App Store.

Berkaitan

  • OpenAI Perkenal ChatGPT Plus, Harga Langganan Bawah RM100
  • GPT-4: Generasi Baharu Yang Lebih Pintar, Mampu Baca Gambar Dan Hasilkan Karya Seni

Menerusi aplikasi ChatGPT, ia boleh menyelaraskan (sync) sejarah penggunaan merentasi peranti dan web serta menampilkan input suara yang diintegrasi oleh model pengecaman pertuturan sumber terbuka Whisper.

Sama seperti versi web, antara yang tersedia di aplikasi ChatGPT termasuk jawapan segera, inspirasi kreatif, input profesional dan peluang pembelajaran seperti mempelajari bahasa baharu, sejarah moden serta lain-lain.

Selain itu, langganan ChatGPT Plus turut tersedia di aplikasi dengan akses eksklusif kepada keupayaan GPT-4 serta akses lebih awal kepada ciri baharu dan respons yang lebih pantas.

Buat masa ini, ChatGPT untuk iOS hanya terhad di Amerika Syarikat dan akan diperluas ke negara lain dalam beberapa minggu akan datang. OpenAI turut menyatakan aplikasi ChatGPT versi Android juga akan hadir tidak lama lagi.

Sumber: OpenAI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY