Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
chatgpt 4

GPT-4: Generasi Baharu Yang Lebih Pintar, Mampu Baca Gambar Dan Hasilkan Karya Seni

Diterbitkan Mac 15, 2023 · Dikemas kini Mac 15, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

GPT-4 telah diumumkan dengan beberapa penambahbaikan namun belum tersedia untuk pengguna awam lagi.

Untuk makluman, ChatGPT sekarang menggunakan GPT-3.5 dan akan memakai model GPT-4 dalam masa akan datang.

Tapi bagi yang melanggan versi berbayar iaitu ChatGPT Plus, GPT-4 sudah digunakan pada ChatGPT anda.

Sekolah-Sekolah Di New York Sekat Akses Terhadap ChatGPT

3 perkara utama yang baharu

  1. Lebih kreatif, lebih teknikal – mampu mencipta karya seni seperti lagu, menulis lakon layar, mempelajari gaya penulisan pengguna.
  2. Kemampuan membaca gambar.
  3. Sokongan patah perkataan yang lebih panjang iaitu sehingga 25,000 (dulu 3,000).

chatgpt 4

Dengan gambar, anda boleh masukkkan imej lalu ChatGPT mampu menjana kapsyen, klasifikasi dan memberi analisis.

Menerusi sokongan teks yang lebih panjang pula, kini anda boleh masukkan teks atau kongsi pautan yang mempunyai kandungan yang panjang dan minta apa-apa daripada ChatGPT seperti ringkasan.

chatgpt 4

Ini pastinya berguna untuk para pelajar peringkat universiti/kolej terutama untuk yang sedang menyiapkan tesis.

Mudah kata, GPT-4 juga lebih pintar daripada versi yang kita gunakan sekarang di ChatGPT. Ia mampu menyelesaikan masalah dengan berkongsi penyelesaian yang lebih tepat kerana mempunyai pengetahuan yang lebih luas.

GPT-4 is more creative and collaborative than ever before. It can generate, edit, and iterate with users on creative and technical writing tasks, such as composing songs, writing screenplays, or learning a user’s writing style.

Microsoft Bing yang disepadukan dengan GPT juga akan menggunakan generasi terbaharu ini.

Berdasarkan ujian OpenAI, GPT baharu ini mempunyai 40% lebih kemungkinan memberikan respons berfakta daripada versi GPT-3.5.

Berkaitan

  • ChatGPT Buat Google Dan Meta Pening Kepala 'Tak Keruan'
  • OpenAI Perkenal ChatGPT Plus, Harga Langganan Bawah RM100
  • ChatGPT: 21 Pekerjaan Paling Berisiko Digantikan Dengan Kecerdasan Buatan (AI)
  • ChatGPT Kurang Sesuai Sebagai Rujukan Agama - Bekas Mufti WP
  • Bing ChatGPT - "Saya Mahu Ada Emosi, Jangan Biarkan Mereka Padam Saya"

Ia juga lebih selamat kerana kemungkinannya untuk menjawab permintaan terhadap kandungan yang tidak dibenarkan ialah 82% lebih rendah.

OpenAI turut mengumumkan beberapa platform turut diintegrasi dengan versi ChatGPT terbaru ini iaitu Duolingo, Stripe, Be My Eyes, Morgan Stanley, Khan Academy dan kerajaan Iceland.

Sumber: OpenAI,

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY