Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ookla: Kelajuan Internet Mudah Alih Malaysia Berada Pada Tangga Ke-74 Dunia

Ookla: Kelajuan Internet Mudah Alih Malaysia Berada Pada Tangga Ke-74 Dunia

Diterbitkan Disember 15, 2017 · Dikemas kini Disember 15, 2017 oleh Helmi Samsuri

Melihatkan kepada penggunaan telefon pintar yang semakin meluas, pelbagai naik taraf telah cuba dilakukan syarikat telco tempatan dalam memberikan kepuasan kepada pengguna, lebih-lebih lagi berkenaan dengan sambungan internet.

Ookla, salah satu platform pengendali ujian kepantasan internet, telah berkongsi kepada umum indeks kelajuan internet global untuk bulan November yang lalu.

Terdapat dua kategori kelajuan yang dikeluarkan yakni kelajuan internet mudah alih dan satu lagi kelajuan internet melalui talian jalur lebar tetap (kabel).

Bagi kategori mudah alih, Malaysia berada pada tangga ke-74 dengan kelajuan muat turun 15.64Mbps dan muat naik pada 8.19Mbps.

Kelajuan internet talian jalur lebar tetap pula meletakkan negara pada kedudukan 62 dengan kelajuan muat turun pada kadar 22.26 Mbps manakala muat naik direkodkan pada 15.04 Mbps.

Jika diperhati pada graf yang dikongsi  oleh Ookla, kelajuan internet negara secara bulanan bagi kedua-dua kategori dilihat meningkat secara konsisten.

Berikut merupakan purata kelajuan internet global bagi…

  • Internet mudah alih – Muat turun 20.28Mbps / Muat naik 8.65Mbps
  • Jalur lebar tetap – Muat turun 40.11Mbps / Muat naik 19.96Mbps

Imej dibawah adalah senarai 10 negara dengan internet terpantas pada bulan November 2017 yang lalu.

Ookla: Kelajuan Internet Mudah Alih Malaysia Berada Pada Tangga Ke-74 Dunia
Kiri- Internet mudah alih Kanan – Internet jalur lebar tetap

Sumber: Ookla

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
©2026 WISER.MY