Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Onimusha: Way of the Sword Catat Jualan Lebih 1 Juta Pada Hari Pelancaran

Onimusha: Way of the Sword Catat Jualan Lebih 1 Juta Pada Hari Pelancaran

Diterbitkan September 8, 2026 · Dikemas kini September 8, 2026 oleh ariff bukhari

Kali terakhir Capcom melancarkan salah satu judul permainan paling popular mereka, Onimusha: Dawn of Dreams pada tahun 2006 dahulu.

Kini, selepas 20 tahun, Capcom akhirnya melancarkan Onimusha: Way of the Sword yang merupakan siri ke-5 dalam judul utama permainan Onimusha.

Malah lebih membanggakan, siri terbaharu Onimusha mencatatkan jualan lebih 1 juta unit pada hari pelancarannya pada 7 September 2026.

Kejayaan ini sekali gus melonjakkan jumlah jualan kumulatif permainan ini melebihi 10 juta unit, sejak permainan pertamanya dikeluarkan pada tahun 2001 dahulu.

Ia juga menandakan kebangkitan semula francais ikonik permainan seram penuh aksi ini.

Menampilkan tokoh legenda Miyamoto Musashi di Kyoto era Edo, siri Onimusha terdiri daripada permainan aksi permainan pedang di mana pemain memainkan peranan sebagai pahlawan dengan kuasa luar biasa Oni dan melawan raksasa yang bertekad untuk menguasai dunia.

Demo Onimusha: Way of the Sword boleh dimuat turun secara percuma di platform seperti Steam dan Epic Games Store.

Ia boleh dimainkan di platform PC (Windows), konsol PS5, XBOX Series X/S dan Nintendo Switch yang tersedia dalam edisi Standard (RM239), Deluxe Edition (RM270.90) dan Premium Deluxe Edition (RM303.90).

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Dune: Awakening Tiba Di PS5 Dan Xbox September Ini – Sedia Ditawarkan Melalui Xbox Game Pass
  • 8 Sebab Utama 'Gamers' Masih Lebih Suka Memiliki CD Berbanding Format Digital

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY