Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Dilapor Sudah Lama Rancang Tinggalkan Cakera PlayStation

8 Sebab Utama ‘Gamers’ Masih Lebih Suka Memiliki CD Berbanding Format Digital

Diterbitkan Ogos 26, 2026 ยท Dikemas kini Ogos 26, 2026 oleh ariff bukhari

Industri permainan video kini bergerak pantas ke arah era serba digital sebagaimana Sony yang sebelum ini telah dilaporkan merancang untuk menghentikan pengeluaran permainan daam bentuk CD menjelang tahun 2028.

Malah judul-judul permainan popular seperti Grand Theft Auto VI sudah pun sudah mula mengabaikan jualan fizikal.

Namun, laporan Statista terbaru menunjukkan. meskipun pengeluar menggalakkan peralihan ini, majoriti pemain terutamanya peminat konsol masih memilih untuk memiliki CD fizikal.

Laporan tersebut berdasarkan tinjauan YouGov yang mendapati sebanyak 51% pemain konsol dan 32% pemain PC di Amerika Syarikat lebih menyukai salinan fizikal.

8 Sebab Utama ‘Gamers’ Masih Lebih Suka Memiliki CD Berbanding Format Digital

Faktor utama pendirian ini adalah kerana hak milik kekal (81%), kebimbangan kehilang akses digital pada masa hadapan (70%).

Malah apa yang lebih melecehkan permainan format digital adalah walaupun permainan dimuat turun selepas pembelian dalam talian, pemain masih perlu log masuk atau daftar masuk dalam talian untuk bermain, kadangkala selain memerlukan sambungan internet tetap.

Jadi, 56% pemain mahukan kebebasan bermain tanpa memerlukan sambungan internet .

Selain itu, sebahagian pemain memilih salinan fizikal kerana gemar mengumpul koleksi (52%), mudah meminjamkannya kepada orang lain (50%), boleh menjual atau tukar beli semula selepas tamat bermain (46%), serta harganya yang kadangkala lebih murah (44%).

8 Sebab Utama ‘Gamers’ Masih Lebih Suka Memiliki CD Berbanding Format Digital
Pemilikan kekal adalah tarikan terbesar permainan fizikal.

Sebaliknya, peminat format digital memilih praktikaliti (54%) dan kemudahan akses merentasi peranti (41%).

Menariknya, perkhidmatan langganan berbayar menjadi pilihan paling tidak popular, dengan hanya 3% pemain konsol menyukainya.

8 Sebab Utama ‘Gamers’ Masih Lebih Suka Memiliki CD Berbanding Format Digital
Akses segera ke dalam permainan menjadi tarikan utama pembelian format permainan digital.

Ini menunjukkan bahawa, walaupun syarikat teknologi terus menolak model digital dan langganan, sebilangan besar pembeli masih mempertahankan nilai pemilikan fizikal yang dianggap lebih selamat, bebas, dan bernilai jangka panjang.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Sony Berdepan Saman AS$457 Juta Selepas Umum Bakal Tamatkan Permainan Fizikal PlayStation
  • Mahkamah China Putuskan Akaun Permainan Digital Boleh Diwarisi
  • Sony Mula Paparkan Label Pada Kotak PS5 - Cakera Fizikal Untuk Permainan Baharu Akan Tamat Pada 2028

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY