Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus Open_10

OnePlus Umum Telefon Lipat Pertama, OnePlus Open

Diterbitkan Oktober 19, 2023 · Dikemas kini Oktober 19, 2023 oleh Amalina Athman

OnePlus secara rasmi kini melancarkan telefon lipat pertamanya, OnePlus Open.

Berkaitan

  • Rekaan OnePlus 12 Tertiris, Mungkin Terawal Guna Snapdragon 8 Gen 3
  • OPPO Find N3 Flip Rasmi, 'Flip' Pertama Dengan 3 Kamera Pada Harga RM4,399
  • OPPO Find N3 Dilancar - Kini Lebih Besar Lebih Banyak Fungsi, Harga RM7,999

OnePlus Open membawakan rekaan dan spesifikasi seakan OPPO Find N3 yang baru sahaja dilancarkan petang tadi. Peranti ini hadir dengan skrin utama berukuran 7.82-inci, manakala skrin luar atau cover screen dengan 6.31-inci.

OnePlus Open_6

Kedua-dua skrin utama dan luar dilengkapi panel LTPO 3.0 AMOLED dengan resolusi 2K, kadar segar semula adaptif 120Hz, sokongan DCI-P3, 10-bit, Dolby Vision serta maksimum kecerahan 2,800 nits.

Skrin luar dilindungi Ceramic Guard, manakala paparan utama dengan Ultra-Thin Glass. OnePlus mengatakan peranti ini turut mempunyai penarafan TUV Rheinland dengan kemampuan buka lipat sehingga 1,000,000 kali.

Menguasakan OnePlus Open adalah cip Snapdragon 8 Gen 2 yang digandingkan bersama 16GB RAM LPDDR5X dan 512GB storan dalaman yang berasaskan UFS 4.0.

Untuk menghidupkan peranti, telefon lipat ini dimuatkan bateri berkapasiti 4,805mAh dengan sokongan pengecasan 67W.

OnePlus Open_11

Beralih ke bahagian fotografi, OnePlus Open mempunyai tiga tetapan kamera dengan kolaborasi Hasselblad, terdiri daripada 48MP utama dengan Sony LYT-T808 “Pixel Stacked” CMOS OIS, 48MP Sony IMX581 ultra lebar serta 64MP telefoto 3x zum optikal (6x zum). Sementara kamera swafoto di bahagian hadapan dan utama masing-masing dilengkapi sensor 32MP dan 20MP.

OnePlus Open_8

Antara lainnya, ia didatangkan dengan sokongan Wi-Fi 7, sambungan dwi-5G, e-SIM, Bluetooth 5.3, NFC, Dolby Atmos serta menjalankan OxygenOS berasaskan Android 13.

OnePlus Open_3

Terdapat dua pilihan warna yang tersedia iaitu Voyager Black dan Emerald Dusk.

Harga dan ketersediaan

OnePlus Open berharga 1,799 euro (~RM9,018) untuk pasaran Eropah, dengan pra-pesan bermula hari ini. Buat masa ini, ia hanya tersedia untuk pasaran India, Eropah dan Amerika Utara.

  • Beli peranti OnePlus di Shopee: https://invl.io/clk3eut
  • Beli peranti OnePlus di Lazada: https://invol.co/clk3ev1

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection
  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17
  • OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar
  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
©2026 WISER.MY