Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus 11

Rekaan OnePlus 12 Tertiris, Mungkin Terawal Guna Snapdragon 8 Gen 3

Diterbitkan Julai 13, 2023 · Dikemas kini Julai 13, 2023 oleh Firdaus

OnePlus 12 dijangkakan menjadi peranti terawal dalam industri yang dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3. Pendahulunya, OnePlus 11 menawarkan peningkatan dan menyelesaikan pelbagai isu yang sebelum ini.

OnePlus 11
OnePlus 11

Dan OnePlus 11 adalah antara peranti Snapdragon 8 Gen 2 termurah di pasaran ketika ini.

Spesifikasi Dan Rekaan OnePlus 12 Yang Didakwa

Mengikut sumber, OnePlus 12 akan hadir dengan peningkatan dari segi saiz keseluruhannya. Selain itu, OnePlus akan memperkenalkan pilihan warna hitam dengan kemasan ikonik matte sandstone.

OnePlus 11_a
OnePlus 11
OnePlus 12
OnePlus 12 yang didakwa

Kita dapat lihat kedua-dua model ini mempunyai rekaan modul kamera yang tidak jauh bezanya. Tetapi OnePlus 12 dilapor akan dilengkapi lensa periskop di bahagian bawah modul kamera.

OnePlus 12

Dan posisi lampu LED telah ditukarkan ke bahagian atas kiri modul kamera peranti ini. Sama seperti OnePlus 11, perant ini tampak hadir dengan rekaan melengkung pada bahagian panel belakang dan skrin depan.

Untuk spesifikasi, OnePlus 12 dikatakan guna Snapdragon 8 Gen 3, memori RAM LPDDR5X hingga 16GB dan storan UFS 4.0 256GB.

Peranti ini didakwa mempunyai skrin OLED 6.7″ beresolusi QHD+ dan 2K serta menyokong kadar segar semula 120Hz dengan perlindungan Corning Gorilla Victus.

Kamera OnePlus 12 mungkin menggunakan sensor – 50MP siri Sony IMX9 utama, 50MP ultra-lebar, 64MP lensa periskop dengan sensor OmniVision dan 32MP swafoto.

Berkaitan

  • Siri OPPO Reno10 Mula Dijual 15 Julai Ini, Ganjaran Hingga RM1,390
  • Nubia Dedahkan Tarikh Pelancararan Global RedMagic 8S Pro
  • Syarikat Tempatan India Bakal Kendali Pengeluaran iPhone
  • Huawei Dilapor Akan Kembali Ke Pasaran Telefon 5G Menjelang Akhir Tahun Ini
  • realme GT Neo 6 Didakwa Bakal Hadir Seawal Ogos Depan

OnePlus 12 berkemungkinan besar akan dilancarkan pada hujung tahun 2023 ini juga.

Sumber: MySmartPrice

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY