Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO FIND N3 – 1

OPPO Find N3 Dilancar – Kini Lebih Besar Lebih Banyak Fungsi, Harga RM7,999

Diterbitkan Oktober 19, 2023 · Dikemas kini Oktober 19, 2023 oleh Amsyar Latif

Selain daripada Find N3 Flip, OPPO turut melancarkan model yang turut menjadi tumpuan ramai menerusi Find N3.

Jika dahulu, siri Find N lebih kecil dan kompak tetapi kali ini ia tampil dengan kelainan kerana paparan Find N3 lebih besar berbanding pendahulunya.

Di dalam peranti, terbinanya cip Snapdragon 8 Gen 2 bersama-sama memori 16GB dan storan dalaman UFS 4.0 512GB. Ia juga mempunyai cip WG01 untuk sistem keselamatan.

Baterinya berkapasiti 4805mAh dengan sokongan pengecasan 67W SuperVOOC berwayar.

OPPO FIND N3 – 9
dilengkapi alert slider
OPPO FIND N3 – 8
OPPO FIND N3 – 7
OPPO FIND N3 – 12

Find N3 kini dilengkapi skrin hadapan atau cover screen seluas 6.3″ dengan panel AMOLED 120Hz, kecerahan sehingga 2800 nits serta dilindungi kaca Corning Gorilla Glass Victus. OPPO berkata, saiz sebegini paling ideal dan ia ibarat saiz iPhone 15 Pro apabila dilipat.

Sementara skrin dalamnya pula seluas 7.8″ dengan panel LTPO AMOLED bersama-sama kadar segar semula 120Hz, kecerahan maksimum sehingga 2800 nits, penarafan TUV Rheinland, Dolby Vision dan sokongan HDR10+.

Tambahan lagi, engsel generasi ketiga ini turut mempunyai penarafan TÜV Rheinland yang mana boleh dilipat sehingga 1,000,000 kali.

OPPO FIND N3 – 6

Bagi kemampuan fotografi pula, Find N3 dilengkapi tiga lensa dengan kolaborasi Hasselblad; 50MP lebar, 48MP ultra lebar dan 64MP telefoto periskop (6x zum). Manakala 32MP untuk swafoto (skrin dalam) serta 20MP swafoto (cover screen).

OPPO FIND N3 – 5
OPPO FIND N3 – 3

Dengan menjalankan ColorOS 13 berasaskan Android 13, Find N3 kini lebih mudah untuk tugasan produktiviti. Ia mempunyai ciri 15″ boundless view, global taskbar dan lain-lain. Ia juga menyokong kemas kini 4 tahun OS dan 5 tahun sekuriti.

OPPO FIND N3 – 10
OPPO FIND N3 – 13

Tidak seperti Find N3 Flip, OPPO Find N3 masih lagi ketiadaan penarafan kalis air atau debu. Walau apa pun, terdapat 2 pilihan warna ditawarkan champagne gold dengan kemasan glossy dan classic black dengan kemasan vegan leather.

oppo find n3
Screenshot 2023-10-19 at 3.39.57 PM

 

OPPO Find N3 dijual pada tanda harga RM7,999 dan ini adalah kali pertama ia masuk Malaysia dan juga pasaran global. Anda boleh mula buat tempahan awal bermula hari ini 19 Oktober sehingga 27 Oktober 2023.

  • Beli peranti OPPO di Shopee: https://invl.io/clk1lcm
  • Beli peranti OPPO di Lazada: https://invol.co/clk1lcu

Berkaitan

  • (Ulasan) OPPO Reno10 Pro+ - Tak Sangka Ini Siri Reno
  • OPPO Inspiration Challenge 2023, Ciri Kesihatan Dan Bungkusan Mesra Alam Jadi Pilihan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY