Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus Open_1

OnePlus Sahkan Nama, Tarikh Pelancaran Telefon Lipat Pertama

Diterbitkan Oktober 13, 2023 · Dikemas kini Oktober 13, 2023 oleh Amalina Athman

Seperti yang dijangka, OnePlus kini mengumumkan tarikh pelancaran telefon lipat pertamanya, OnePlus Open pada 19 Oktober 2023. Sekali gus, ia mengesahkan nama peranti itu, yang menjadi spekulasi sejak beberapa bulan lalu.

Berkaitan

  • Rekaan Penuh OnePlus Open Tertiris, Bakal Dilancar Tak Lama Lagi
  • Pelancaran Global Siri OPPO Find N3 Akan Berlangsung Minggu Depan

Melalui imej jemputan, ia memberikan gambaran mengenai OnePlus Open, dengan menampilkan bahagian tepi yang rata serta alert slider. Sementara itu, beberapa imej yang didakwa tertiris sebelum ini telah memperlihat rekaan penuh OnePlus Open.

You're invited to our Grand Opening#OnePlusOpen #OpenforEverything

— OnePlus (@oneplus) October 12, 2023

Mengenai spesifikasi, telefon lipat ini dijangka hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, sekurang-kurangnya 256GB storan, serta kapasiti bateri 4,800mAh dengan pengecasan 67W. Ia dipercayai akan dimuatkan paparan 7.82-inci apabila dibuka lipat dan 6.31-inci untuk panel luaran.

Sebagai tambahan, OnePlus pada awal bulan ini turut mengesahkan akan melancarkan telefon lipat yang sama seperti OPPO, di bawah jenama masing-masing bagi pasaran berbeza.

Di sisi yang lain, OPPO telah pun mengumumkan tarikh pelancaran global siri Find N3 pada tarikh yang sama, dan menyatakan terdapat dua telefon lipat yang akan diperkenal. Berkemungkinan Find N3 Fold merupakan satu lagi peranti yang dimaksudkan, selain Find N3 Flip.

  • Beli peranti OnePlus di Shopee: https://invl.io/cljyoor
  • Beli peranti OnePlus di Lazada: https://invol.co/cljyoo2

Sumber: OnePlus

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY