https://www.youtube.com/watch?v=Mn2R9wLSW-I
Jika sebelum ini OnePlus sudah mesra dengan penggunaan cip kelas 800 yang lebih berkuasa, pada OnePlus Nord, ia dimuatkan dengan cip Snapdragon 765G pula. Bersama-sama dengan itu, ia dipadankan dengan 3 varian memori iaitu 6GB/64GB, 8GB/128GB dan memori 12GB/256GB dalam bentuk UFS 2.1.

Untuk skrin, ia bukannya sebuah peranti yang kecil dengan saiz skrin 6.44 inci. Namun, ia turut menyokong kadar segar semula 90Hz beresolusi Full HD+ AMOLED. Terdapat juga pengimbas cap jari optikal pada bahagian skrin tersebut yang sudah menjadi norma untuk peranti mereka.
Turut diletakkan pada skrin adalah rekaan kamera berlubang dua lensa. Lensa utamanya adalah 32MP yang dibantu oleh 8MP untuk sudut lebar.
Untuk kamera utama pula, terdapat 4 kamera utama 48MP utama, 8MP sudut lebar, 5MP depth dan 2MP makro. Fungsi mod malam juga turut disokong iaitu Nightscape.

Bateri yang dimuatkan berkapasiti 4,115mAh dan menyokong pengecasan pantas ikonik 30W Warp Charge 30T mereka melalui USB-C. Tiada pengecasan tanpa wayar namun ia merupakan peranti kelas pertengahan, jadi tiada masalah di situ.
Menggunakan Snapdragon 765G, ia secara tidak langsung menyokong rangkaian 5G. Antara ciri lain adalah alert slider serta perisian OxygenOS yang berasaskan Android 10. Terdapat 2 warna yang diumumkan iaitu Blue Marble dan Gray Onyx.
Seperti yang dinyatakan terdapat 3 konfigurasi memori, namun hanya India sahaja yang menerima kesemua varian tersebut buat masa ini termasuk 6GB/64GB.
Pasaran lain seperti Eropah dan UK pula tidak menerima varian tersebut. Mungkin disebabkan negara India lebih sensitif dengan harga dan juga lebih kompetitif dengan jenama lain.
Untuk itu, harga yang dijual mengikut pasaran masing-masing adalah:
- Eropah: Bermula 399 Euro, sekitar RM1,951 (8GB/128GB)
- UK: Bermula 379 Pound Sterling, sekitar RM2,056 (8GB/128GB)
- India: Bermula 24,999 Rupee, sekitar RM1,428 (6GB/64GB)
Untuk pasaran Malaysia, belum diketahui lagi harga jualannya secara rasmi. Namun mungkin akan diumumkan dalam masa terdekat memandangkan OnePlus Malaysia begitu aktif mempromosikan peranti ini di laman sosial mereka.
Berkaitan
- OnePlus Umum Teknologi Pengecasan Baharu, Khusus Untuk Melambatkan Peranti Dari Cas Penuh
- Inovasi Terbaharu OnePlus Perlihatkan Mereka Memilih Untuk Sembunyikan Kamera Bukannya Tingkatkan Kualiti Imej
- Ini Mungkin OnePlus 8 Pro
- OnePlus 8T Concept Diumumkan - OnePlus 8T Dengan Panel Belakang Berubah Warna Dan Sistem Radar mmWave
- OnePlus Dan OPPO Dilaporkan Telah Bergabung Di Bawah Satu Divisyen R&D Yang Sama
- 120Hz Antara Teknologi Paparan Baharu Yang Bakal Dimuatkan Dalam Siri OnePlus 8
- OnePlus Z Dijangka Pelancarannya Pada Bulan Hadapan
- OnePlus Band Dilancarkan Dengan Paparan AMOLED Dan Ketahanan Bateri 14 Hari
- OnePlus 10 Pro: Pengguna Global Mungkin Dapat Spesifikasi Berbeza Dari Versi China
- Kamera Xiaomi Mi 10T Pro Peroleh Skor 118 Melalui DxOMark - Setaraf Dengan OnePlus 8 Pro