Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
04-REDMAGIC 8S Pro-Midnight

REDMAGIC 8S Pro Rasmi, Yang Pertama Guna Snapdragon 8 Gen 2 Versi Baru

Diterbitkan Ogos 3, 2023 oleh Firdaus

Seminggu selepas kehadirannya diumumkan, akhirnya REDMAGIC 8S Pro telah rasmi untuk pasaran Malaysia. Selain ROG Phone 7, kini pasaran peranti gaming tempatan semakin rancak dengan pelancaran REDMAGIC 8S Pro ini.

08-REDMAGIC 8S Pro-Lifestyle

Spesifikasi REDMAGIC 8S Pro

REDMAGIC 8S Pro dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2 versi terbaru, guna memori RAM LPDDR5X 12/16 GB, dan storan UFS 4.0 dalam pilihan 245/512 GB.

02-REDMAGIC 8S Pro

Peranti ini dilengkapi skrin AMOLED 6.8″ FHD+ yang menyokong kadar segar semula 120Hz, input sentuh 960Hz, kecerahan maksimum 1,300 nits dengan perlindungan Corning Gorilla Glass.

Berbanding pendahulunya, REDMAGIC 8S Pro mempunyai sistem penyejukan ICE 12. Sistem ini menggunakan kipas emparan dengan 59 bilah yang menyokong kelajuan putaran hingga 20,000 RPM.

07-REDMAGIC 8S Pro-Lifestyle

Selain itu, ia menawarkan sistem 3 kamera – 50MP, 8MP, 2MP dan 16MP untuk swafoto terbenam di bawah skrin.  Tidak lupa juga, REDMAGIC 8S Pro disokongkan bateri berkapasiti 6,000mAh dengan pengecasan pantas 65W melalui pengecas GaN.

Peranti ini menggunakan REDMAGIC OS 8.0 berasaskan Android 13, menawarkan port bicu audio 3.5mm dan 3 pilihan warna – Midnight, Aurora, dan Platinum.

04-REDMAGIC 8S Pro-Midnight
Midnight
06-REDMAGIC 8S Pro-Aurora
Aurora
05-REDMAGIC 8S Pro-Platinium
Platinum

Harga & Ketersediaan

01-REDMAGIC 8S Pro-Square

REDMAGIC 8S Pro menawarkan 3 pilihan variasi untuk anda pilih:

  • 12GB / 256GB – RM3,699 (Warna Midnight)
  • 16GB / 512GB – RM4,499 (Warna Platinum & Aurora)

Peranti ini akan tersedia untuk dibeli pada 14 Ogos 2023 nanti dan boleh dibeli di REDMAGIC
Official Shopee Store atau REDMAGIC Official
Website.

Beli REDMAGIC 8S Pro Di Shopee: https://invl.io/cljgeqb

Beli Peranti REMAGIC Di Lazada: https://invol.co/cljgeqk

Berkaitan

  • POCO M6 Dengan Sokongan 5G Dijangka Hadir Tidak Lama Lagi
  • Redmi 12 5G Rasmi, Jadi Pertama Dengan Cip Snapdragon 4 Gen 2
  • vivo Bekerjasama Dengan Sony Hasilkan Sensor Kamera 'Next-Gen'
  • DJI Lancar Osmo Action 4 Dengan Sensor Lebih Besar
  • Tecno Pova 5 Pro Rasmi, Bawa Prestasi Lebih Berkuasa Dan Sokongan 5G

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY