OnePlus 8T Akan Dilancarkan Dengan Sistem Operasi Android 11

OnePlus hari ini baru sahaja mengesahkan bahawa OnePlus 8T Pro tidak akan hadir bersama model pengenalan OnePlus 8T. Terbaru, syarikat itu mengumumkan OnePlus 8T akan dilancarkan dengan antaramuka OxygenOS 11 yang berasaskan sistem operasi Android 11.

Umum mengetahui, Google Pixel 5 dan Pixel 4a 5G yang akan dilancarkan 30 September menjadi telefon pertama yang menjalankan Android 11. Bagaimanapun, selain peranti Google, OnePlus 8T adalah yang pertama menjalankan sistem operasi itu.



Melalui antaramuka OxygenOS 11 berasaskan Android 11, lebih banyak ciri-ciri menarik bakal dimuatkan pada OnePlus 8T.

Dalam pada itu, OnePlus turut dijangka akan memperkenalkan beberapa produk lain dalam acara pelancaran OnePlus 8T yang akan berlangsung pada 14 Oktober nanti. Namun, masih belum diketahui lebih lanjut mengenai perkara ini.

Apa yang pasti, lebih banyak maklumat mengenai OnePlus 8T akan didedahkan menjelang pelancarannya.

Sumber: OnePlus