Hari ini, pengasas dan juga CEO OnePlus iaitu Pete Lau telah mengesahkan bahawa OnePlus 8T Pro tidak akan hadir seiring dengan pengenalan OnePlus 8T.
Menurut beliau, ketiadaan model versi Pro untuk OnePlus 8T adalah disebabkan tiada naik taraf utama yang perlu disertakan berbanding model OnePlus 8 Pro sebelumnya.
Tambahan lagi, jika pengguna mahu OnePlus versi Pro, Pete Lau menyarankan mereka untuk mendapatkan model OnePlus 8 Pro sahaja.
Ini bermakna hanya 1 model sahaja yang diperkenalkan dalam siri OnePlus 8T. Ia akan dilancarkan pada 14 Oktober ini.
Selain, telefon pintar, OnePlus dijangka memperkenalkan beberapa produk lain seperti fon telinga pada tarikh itu.
Mengenai OnePlus 8T, ciri menarik yang bakal hadir pada model itu adalah paparan 120Hz, Snapdragon 865, pengecasan 65W dan bateri 4,500mAh.
Sumber: Weibo
Berkaitan
- OnePlus 8T Concept Diumumkan - OnePlus 8T Dengan Panel Belakang Berubah Warna Dan Sistem Radar mmWave
- 7 Kontroversi OnePlus Paling Diingati Oleh Pengguna
- OnePlus Umum Dua Buah Fon Telinga Di Samping 8T - Buds Z Dan Juga Bullets Wireless Z Bass Edition
- Carl Pei Kumpul $7 Juta Untuk Syarikat Baharu Selepas Tinggalkan OnePlus
- Inovasi Terbaharu OnePlus Perlihatkan Mereka Memilih Untuk Sembunyikan Kamera Bukannya Tingkatkan Kualiti Imej
- OnePlus 7T Pro Diumumkan - Snapdragon 855+, Warp Charge 30T, Edisi McLaren
- OnePlus Beri Amaran Kemaskini Android 11 Boleh Formatkan OnePlus 8, 8 Pro Secara Tidak Sengaja
- CEO OnePlus: Kami Akan Fokus Untuk Tingkatkan Lagi Kualiti Kamera
- OnePlus 8 Turut Diperkenalkan - Flagship OnePlus Lebih 'Marhaen' Dalam Saiz Sedikit Kecil
- Kemungkinan Akan Ada OnePlus Nord Lebih Mampu Milik Dengan Snapdragon 690