Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus 6T Bakal Dirasmikan 30 Oktober Ini, Mungkin Hadir Dengan Edisi Istimewa

OnePlus 6T Bakal Dirasmikan 30 Oktober Ini, Mungkin Hadir Dengan Edisi Istimewa

Diterbitkan Oktober 9, 2018 oleh Haikel Areff

OnePlus sebelum ini dikatakan akan memperkenalkan peranti flagship kedua mereka tahun ini, OnePlus 6T pada 17 Oktober. Namun, menurut maklumat terbaru, OnePlus 6T sah akan dilancarkan pada 30 Oktober ini di Bandar New York, US. Perkara itu diumumkan melalui Twitter rasmi mereka semalam.

The #OnePlus6T is coming. Unlock The Speed on October 30. https://t.co/LuPoTr8ZyF pic.twitter.com/s8OfmZuXdX

— OnePlus (@oneplus) October 8, 2018

Menggunakan slogan “Unlock The Speed”, OnePlus 6T ini dijangka akan hadir dengan cip pemprosesan sama seperti OnePlus 6 iaitu Snapdragon 845. Namun, ia dilaporkan mempunyai takuk seperti titisan air, lebih kurang sama dengan Oppo F9.

Selain itu, model kemaskini ini juga dikatakan mempunyai pengecasan DASH yang lebih pantas serta imbasan cap jari dari dalam skrin. Akan tetapi, OnePlus 6T akan menjadi model yang pertama keluaran mereka yang tidak mempunyai bicu audio 3.5mm.

OnePlus 6T Bakal Dirasmikan 30 Oktober Ini, Mungkin Hadir Dengan Edisi IstimewaKredit : Pete Kau/Weibo

Tambahan pula, wujud beberapa dakwaan yang menyatakan satu edisi istimewa Porsche Design akan turut dilancarkan pada majlis itu nanti. Ini kerana CEO OnePlus, Pete Lau telah memuat naik beberapa gambar Porsche 911 GT3 RS dengan tema OnePlus di laman Weibo beliau.

Berhubung dengan perkara ini, OnePlus 6T dijangka akan mula didagangkan pada minggu pertama November tetapi harga pasaran hanya akan dapat diketahui selepas ia dilancarkan secara rasmi. Seperti biasa, tarikh kemasukan peranti berkenaan ke Malaysia juga masih belum dapat dipastikan setakat ini.

 

Sumber : OnePlus  BGR

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY