Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus 15 Malaysia_1

OnePlus 15 Kini Tersedia Di Malaysia, Harga RM4399

Diterbitkan November 14, 2025 · Dikemas kini November 14, 2025 oleh Amalina Athman

Setelah diperkenalkan di China bulan lalu, OnePlus 15 kini mula ditawarkan untuk pasaran global, termasuk Malaysia.

Dari segi spesifikasi, OnePlus 15 hadir dengan skrin rata 6.78-inci LTPO 1.5K yang menyokong kadar segar semula sehingga 165Hz serta kecerahan 1,800 nit.

OnePlus 15 Malaysia_8

Kuasa pemprosesan pula digerakkan oleh cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5x dan storan 512GB berasaskan UFS 4.1.

Bahagian kameranya dibina berasaskan gabungan tiga sensor 50MP. Kamera utama dengan penstabilan imej optikal (OIS), kamera ultra-lebar yang menyokong autofokus untuk rakaman landskap luas dan juga foto makro, serta lensa telefoto periskop 50MP yang menawarkan 3.5x zum optikal dan 7x zum lossless berkualiti tinggi.

OnePlus 15 Malaysia_6

Sementara di bahagian hadapan pula disertakan kamera swafoto 32MP.

Untuk rakaman video, OnePlus 15 menyokong rakaman Dolby Vision 4K pada 120fps. Ia turut menawarkan sokongan LOG untuk color grading yang lebih fleksibel serta pratonton LUT secara masa nyata.

OnePlus 15 Malaysia_7

Pada bahagian dalam, OnePlus 15 dimuatkan bateri berkapasiti 7,300mAh yang menyokong pengecasan berwayar 120W dan 50W wayarles.

OnePlus 15 Malaysia_2

Antara lainnya, peranti ini menjalankan OxygenOS 16 serta mempunyai penarafan kalis air dan habuk IP66, IP68, IP69 serta IP69K.

Tiga pilihan warna ditawarkan iaitu Ultra Violet, Infinite Black dan Sand Storm.

OnePlus 15 Malaysia_3
OnePlus 15 Malaysia_4
OnePlus 15 Malaysia_5

Ketersediaan

OnePlus 15 kini tersedia di Malaysia dengan harga RM4,399 untuk konfigurasi 16GB+512GB.

OnePlus 15 Kini Tersedia Di Malaysia, Harga RM4399

Pengguna kini sudah boleh membuat pembelian dan menerima hadiah percuma OnePlus 15 Aramid Fiber Magnetic Casing dan OPPO Enco Buds3 bernilai keseluruhan RM368. Tawaran ini tersedia di semua OPPO Brand Store, My OPPO Space, wakil penjual sah OPPO, serta OPPO Official Estore di Lazada, Shopee, TikTok Shop dan OPPO Estore.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Ini Senarai Telefon OnePlus Yang Akan Terima Kemas Kini OxygenOS 16
  • OnePlus 15 Dilancarkan Di China - Snapdragon 8 Elite Gen 5, 165Hz, Bateri 7300mAh

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY