Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Senarai Telefon OnePlus Yang Akan Terima Kemas Kini OxygenOS 16

Ini Senarai Telefon OnePlus Yang Akan Terima Kemas Kini OxygenOS 16

Diterbitkan Oktober 20, 2025 oleh Amsyar Latif

OnePlus telah memperkenalkan OxygenOS 16, kemas kini perisian terbaharu berasaskan Android 16. Versi ini menumpukan kepada peningkatan ciri berasaskan AI, kelancaran antara muka, serta sambungan rentas peranti yang lebih baik.

Antara ciri utama termasuk AI Writer untuk membantu menghasilkan atau menyemak teks, AI Recorder yang mampu menyalin rakaman dan mengenal pasti suara, serta kemas kini pada aplikasi Gallery bagi membetulkan ekspresi wajah dan pencahayaan pada potret. Fungsi Mind Space turut dinaik taraf dengan integrasi Google Gemini untuk carian dan tugasan harian.

OxygenOS 16

Selain ciri AI, OxygenOS 16 menawarkan lebih banyak pilihan penyesuaian skrin kunci, ikon boleh ubah saiz, serta keupayaan sambungan rentas peranti antara telefon, tablet dan komputer. OnePlus turut menambah sokongan kepada Apple Watch, membolehkan pengguna mengakses mesej dan panggilan melalui jam tangan tersebut.

https://x.com/oneplus/status/1979046542548898093

Senarai Telefon Yang Akan Menerima OxygenOS 16

Siri utama:

  • OnePlus 13
  • OnePlus 13R
  • OnePlus 13s
  • OnePlus 12 dan 12R
  • OnePlus 11 dan 11R
  • OnePlus 10 Pro

Siri Nord:

  • OnePlus Nord 5
  • OnePlus Nord 4
  • OnePlus Nord 3
  • OnePlus Nord CE 4 dan CE 4 Lite

Telefon lipat dan tablet:

  • OnePlus Open
  • OnePlus Pad 3
  • OnePlus Pad 2
  • OnePlus Pad dan Pad Lite

Kemas kini beta OxygenOS 16 kini telah dibuka kepada pengguna yang ingin mencubanya lebih awal, sementara pelancaran stabil dijangka bermula pada November 2025 untuk model utama seperti siri OnePlus 13 dan 12.

OxygenOS 16 senarai fon

Untuk model Nord serta tablet, kemas kini dijangka diterima secara berperingkat menjelang suku pertama 2026. Tarikh sebenar bagi pasaran Malaysia mungkin berbeza bergantung pada model.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Tiada Lagi Hasselblad, OnePlus Umum DetailMax Engine
  • OPPO Rasmikan ColorOS 16, Bakal Dilancar Pada Siri Find X9

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY