Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus 15_featured

OnePlus 15 Dilancarkan Di China – Snapdragon 8 Elite Gen 5, 165Hz, Bateri 7300mAh

Diterbitkan Oktober 27, 2025 · Dikemas kini Oktober 27, 2025 oleh Amalina Athman

OnePlus secara rasmi hari ini melancarkan peranti andalan terbarunya, OnePlus 15, untuk pasaran China.

OnePlus 15 menampilkan skrin rata 6.78-inci AMOLED dengan resolusi FHD+, sokongan kadar segar semula sehingga 165Hz serta kecerahan maksimum 1,800 nit.

OnePlus 15 China_4

Peranti ini dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dengan konfigurasi memori sehingga 16GB RAM LPDDR5x dan storan sehingga 1TB berasaskan UFS 4.1.

Sistem kamera OnePlus 15 juga menerima perubahan ketara. Kerjasama dengan Hasselblad kini tidak lagi diteruskan, dan ia digantikan dengan sistem pengimejan LUMO daripada OPPO.

OnePlus 15 China_5

Kamera utama masih menggunakan sensor 50MP, namun saiz sensornya sedikit lebih kecil berbanding model sebelumnya (1/1.56 inci berbanding 1/1.4 inci). Kamera telefoto 50MP kini menawarkan zum optik sehingga 3.5x dan sehingga 120x zum digital. Satu lagi kamera ialah lensa ultralebar 50MP 16mm f/2.0, dan di bahagian hadapan disertakan kamera swafoto 32MP.

Bagi menghidupkan peranti, OnePlus 15 dimuatkan bateri berkapasiti 7,300mAh yang menyokong pengecasan 120W berwayar dan 50W wayarles.

OnePlus 15 China_2
OnePlus 15 China_3
OnePlus 15 China_1

Tiga pilihan warna tersedia iaitu Absolute Black, Misty Purple dan Sand Dune. Untuk pasaran China, harga bermula 3,999 yuan (~RM2,363) bagi konfigurasi 12/256GB.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY