Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus 12_b

OnePlus 12 Akan Dilancar Awal Bulan Depan

Diterbitkan November 20, 2023 · Dikemas kini November 27, 2023 oleh Amalina Athman

Kemas kini 27 November 2023: OnePlus kini mendedahkan tarikh baharu bagi pelancaran OnePlus 12, iaitu pada 5 Disember 2023, 2.30 petang. Bermakna, tarikh 4 Disember yang diumumkan sebelum ini merupakan acara khas untuk meraikan ulangtahun ke-10 syarikat itu, tanpa menampilkan produk baharu pada hari yang sama.

OnePlus 12 Akan Dilancar Awal Bulan Depan

Artikel asal: OnePlus melalui Weibo kini mengumumkan OnePlus 12 akan dilancarkan di China pada 4 Disember 2023, sempena sambutan ulangtahun ke-10 syarikat itu.

Berkaitan

  • Spesifikasi OnePlus 12 Tertiris, Mungkin Bawa Sensor Kamera Baru
  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras

Sama seperti siri Xiaomi 14 dan iQOO 12, peranti ini dijangka akan dilengkapi cip pemproses Snapdragon 8 Gen 3.

OnePlus 12_a

Setakat ini, OnePlus telah mengesahkan kamera belakang akan dimuatkan sensor lensa utama Sony LYTIA LYT-808.

Seperti yang dilaporkan, kamera utama akan digandingkan dengan lensa ultra lebar IMX581 48MP dan lensa telefoto periskop Omnivision OV64B 64MP dengan 3x zum optik, serta 32MP untuk kamera swafoto.

Antara lainnya, peranti ini akan menyokong pengecasan 100W, dengan varian OnePlus 12 untuk pasaran China dijangka akan menjalankan ColorOS 14 berasaskan Android 14, manakala pasaran global dengan OxygenOS 14.

  • Beli produk OnePlus di Shopee: https://invl.io/clkaktn
  • Beli produk OnePlus di Lazada: https://invol.co/clkaktq

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Permainan Telefon Pintar Cara Unik Jepun Selenggara Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
©2026 WISER.MY