Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri iQOO 12 Dilancar – Snapdragon 8 Gen 3, Skrin 3000 nits

Siri iQOO 12 Dilancar – Snapdragon 8 Gen 3, Skrin 3000 nits

Diterbitkan November 9, 2023 oleh Amal Addin

Siri iQOO 12 baru sahaja dilancarkan di China. Antara model yang dikeluarkan adalah iQOO 12 dan iQOO 12 Pro yang hampir mempunyai persamaan dan yang membezakannya adalah dari segi reka bentuk, paparan dan baterinya.

Untuk iQOO 12 Pro, ia mempunyai pada kedua-dua sisi dengan bingkai nipis dan panel kaca tirus pada kedua-dua sisi. Model ini juga didatangkan dengan tiga warna iaitu merah, putih dan hitam serta mempunyai kemasan yang tersendiri setiap satunya.

Untuk rekaan warna putih, mereka telah menjalinkan kerjasama dengan BMW Motorsport yang didatangkan dengan kaca bertekstur enamel porselin. Warna hitam pula, terdapat kaca fluorit AG di bahagian belakangnya dengan tekstur lembut yang berkilauan.

Warna merah pula, mempunyai kemasan kulit vegan dengan “wind imprint texture.” Modul kamera pula mempunyai tekstur hobnail Paris. iQOO 12 Pro menggunakan paparan E7 AMOLED 6.78 inci dengan resolusi 1440 x 3200p dan kadar segar semula 144Hz.

Panel pada paparan boleh melakukan pemalapan 1440Hz PWM serta kecerahan boleh mencapai sehingga 1600 nits dalam mod biasa dan puncak kecerahan sehingga 3000 nits .

Sebagai peranti yang memfokuskan gaming, iQOO 12 Pro didatangkan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 dengan 16GB RAM LPDDR5x serta storan 1TB UFS 4.0.

Terdapat cip Q1 yang dibangunkan sendiri bagi memastikan permainan lancar sehingga 144Hz pada 1080P. Selain itu, terdapat juga vapor chamber sebesar 5,705mm² bertujuan untuk pelesapan haba.

Siri iQOO 12 Dilancar – Snapdragon 8 Gen 3, Skrin 3000 nits
Siri iQOO 12 Dilancar – Snapdragon 8 Gen 3, Skrin 3000 nits
IQOO 12 PRO
Siri iQOO 12 Dilancar – Snapdragon 8 Gen 3, Skrin 3000 nits

IQOO 12 Pro juga mempunyai kamera utama 50MP 1/1.3″ OmniVision OV50H, 64MP 1/2″ (70-230mm) untuk telefoto dengan kemampuan zum optik HD 10x serta 100x zum digital dan 50MP ultra lebar yang juga berkemampuan untuk fotografi makro.

Sementara lensa swafoto pula adalah 16MP.

Siri iQOO 12 Dilancar – Snapdragon 8 Gen 3, Skrin 3000 nits

iQOO 12 Pro turut mempunyai bateri 5,100mAh dengan sokongan pengecasan 120W berwayar dan 50W tanpa wayar. iQOO 12 Pro turut menggunakan OriginOS 4 yang berasaskan Android 14.

Beralih kepada iQOO 12 pula, model ini turut didatangkan dengan tiga jenis warna yang sama dengan mempunyai kemasan tersendiri iaitu mempunyai bingkai yang lebih lebar dan berkilat serta panel hadapan dan belakang yang rata.

iQOO 12 menggunakan cip pemprosesan dan jenis kamera yang sama tetapi mempunyai paparan, kapasiti bateri serta keupayaan pengecasan yang berbeza. Terdapat juga varian yang mempunyai 128GB RAM.

Siri iQOO 12 Dilancar – Snapdragon 8 Gen 3, Skrin 3000 nits
Siri iQOO 12 Dilancar – Snapdragon 8 Gen 3, Skrin 3000 nits
iQOO 12
Siri iQOO 12 Dilancar – Snapdragon 8 Gen 3, Skrin 3000 nits

Pada bahagian hadapan, iQOO 12 mempunyai saiz paparan yang sama dengan iQOO 12 Pro iaitu 6.78 inci. Resolusinya pula berbeza iaitu 2800 x 1260 yang lebih rendah daripada iQOO 12 Pro. Kadar segar semulanya pula sama iaitu 144Hz.

Terdapat juga dua varian pilihan bateri yang tersedia iaitu 5,000mAh dan 4,880mAh dan kedua-duanya menawarkan pengecasan berwayar 120W dan tiada pengecasan tanpa wayar.

Siri iQOO 12 Dilancar – Snapdragon 8 Gen 3, Skrin 3000 nits
iQOO 12
Siri iQOO 12 Dilancar – Snapdragon 8 Gen 3, Skrin 3000 nits
iQOO 12 Pro

iQOO 12 Pro dengan 16GB RAM dan storan 256GB dijual pada tanda harga bermula CNY4,999 (~RM3214). Manakala iQOO 12 dengan konfigurasi 12GB+256GB dijual pada tanda harga bermula CNY3999 (~RM2571).

Buat masa sekarang, ia hanya tersedia buat pasaran China sahaja terlebih dahulu dan kami menjangkakan peranti tersebut bakal dibawa masuk ke Malaysia tidak lama lagi.

Beli Peranti iQOO di Shopee: https://invl.io/clji1mq

Beli Peranti iQOO di Lazada: https://invol.co/clji1nk

Berkaitan

  • vivo Mahu Kurangkan Jurang Digital Melalui 5G
  • Siapa Sangka vivo Pegang Pasaran Telefon Pintar Di China
  • Skor AnTuTu Nampaknya Sahkan iQOO Z8 Sebuah Peranti 'Flagship'
  • Memang Berbaloi, Telefon Ni Kamera Cantik, Cas Selaju 120W Tapi Harga Bawah RM1500
  • Ini Cara Lindungi Alamat IP Dalam Panggilan WhatsApp

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY