Nvidia Umum GeForce RTX 3090, Kad Grafik Gaming Pertama Dengan Sokongan 8K

Pengeluar kad grafik komputer terkemuka, Nvidia baru sahaja mengumumkan siri RTX 30 sebagai pengganti siri RTX 20. Dalam pengumuman itu, Nvidia turut memperkenalkan GeForce RTX 3090 iaitu kad grafik gaming pertama dengan sokongan resolusi 8K.

GeForce RTX 3090

Jika RTX 3080 hanya dimuatkan dengan memori 10GB G6X, RTX 3090 hadir dengan memori yang lebih besar sebanyak 24GB G6X. Kad grafik ini mempunyai keupayaan untuk memainkan permainan 60fps pada resolusi 8K.



RTX 3090 adalah berasaskan seni bina GPU Nvidia Ampere, dimana ia menawarkan beberapa peningkatan prestasi untuk permainan PC dan ray tracing. Nvidia menyatakan RTX 3090 adalah “world’s first 8K gaming GPU” dengan sokongan 8K HDR ShadowPlay, HDMI 2.1 dan sebagainya.

GeForce RTX 3090

Nvidia melabelkan RTX 3090 sebagai Big Ferocious GPU (BFGPU). Kad ini akan menempatkan tiga slot termasuk silencer untuk menjadikannya 10 kali lebih senyap berbanding kad grafik Titan RTX sedia ada. Nvidia mengatakan RTX 3090 juga akan dipertingkatkan sehingga 50% lebih pantas berbanding Titan RTX.

RTX 3090 akan dijual bermula 24 September 2020 melalui NVIDIA dan rakan jualan dengan harga $1,499 iaitu sekitar RM6210.

Sumber: Nvidia