Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nvidia us curb

Nvidia Umum Bina Pusat Data AI Berskala Besar Di K. Selatan, Minta Pengeluar Hasilkan Lebih Banyak DRAM

Diterbitkan Jun 8, 2026 · Dikemas kini Jun 8, 2026 oleh ariff bukhari

Gergasi cip AS, Nvidia, pada hari Isnin mengumumkan projek pembinaan pusat data berskala besar di Korea Selatan bersama SK Telecom, di samping beberapa siri perjanjian perniagaan lain di negara berkenaan.

Nvidia, yang merupakan syarikat paling bernilai di dunia, turut menyatakan bahawa mereka akan bekerjasama dengan pengeluar cip SK hynix untuk membangunkan komponen memori termaju yang membantu menjalankan sistem AI, yang mana bekalannya kini sedang mengalami kekurangan.

Kerjasama tersebut didedahkan selepas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Jensen Huang, meluangkan masa hujung minggunya dengan menikmati hidangan barbeku di Seoul bersama para pemimpin teknologi negara itu malah turut membuat kemunculan dalam sebuah rancangan televisyen popular.

SK Telecom dan Nvidia merancang “untuk membina Awan AI berskala gigawatt di Korea… dengan kilang AI pertama dijangka mula beroperasi pada tahun 2027,” menurut kenyataan bersama.

Projek tersebut “akan menyokong perkhidmatan AI berdaulat (sovereign AI), fizikal, dan ejen (agentic AI) untuk perusahaan serta industri di seluruh Korea, dengan visi untuk meluaskannya ke rantau Asia yang lebih besar,” tambahnya.

Tiada sebarang angka didedahkan mengenai jumlah pelaburan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua syarikat itu bagi pusat data tersebut.

SK Telecom beroperasi di bawah syarikat induk yang sama — SK Group — dengan SK hynix, yang turut mengumumkan “rakan kongsi teknologi tahunan” bagi cip memori bersama Nvidia pada hari Isnin.

“Perjanjian ini menyokong bekalan untuk memori termaju, bagi menangani kitaran pembangunan yang panjang, pembuatan termaju, serta pelaburan modal bagi mengekalkan pembinaan kilang AI di peringkat global,” jelas kenyataan mereka.

“Melalui perkongsian ini, SK hynix akan mempelbagaikan perniagaan ke dalam pasaran baharu yang sedang dicipta oleh Nvidia — merangkumi infrastruktur AI, AI peribadi, dan AI fizikal — melalui pembangunan bersama komponen memori untuk perkakasan Nvidia,” katanya.

Ketika pihak kerajaan dan syarikat-syarikat melaburkan ratusan bilion dolar ke dalam infrastruktur AI, nilai pasaran Nvidia telah melonjak melebihi $5 trilion, iaitu lebih tinggi daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Jepun atau India.

‘Tolong Hasilkan Lebih Banyak’

Perlumbaan untuk membina pusat data AI telah mencetuskan kekurangan cip memori di peringkat global — sekali gus melonjakkan keuntungan bagi pengeluar seperti SK hynix dan pesaingnya, Samsung Electronics, yang mana kesatuan sekerja mereka baru-baru ini telah mencapai persetujuan dengan pihak pengurusan mengenai bonus, sekali gus mengelakkan mogok.

Pengerusi SK Group, Chey Tae-won, pada minggu lepas berikrar untuk menggandakan kapasiti pengeluaran wafer silikon yang digunakan untuk membuat cip memori.

Namun, beliau turut mengulangi ramalannya bahawa masalah kekurangan bekalan ini mungkin akan berlarutan sehingga tahun 2030, memandangkan kilang cip mengambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun untuk dibina.

Huang dari Nvidia sebelum ini pernah menandatangani paparan cip memori di tapak pameran SK hynix semasa acara perdagangan Computex di Taipei, dengan menulis nota: “Tolong hasilkan lebih banyak”.

Apabila beliau mendarat di Korea Selatan pada hari Jumaat, Huang berkata beliau telah “membawa banyak peluang perniagaan ke Korea,” sambil menjanjikan beberapa “kejutan” baharu.

Pada hari Isnin, syarikat yang berpangkalan di California itu turut mengumumkan kerjasama berkaitan AI dengan gergasi teknologi Naver, serta dengan Doosan Group dalam bidang robotik.

Nvidia amat terkenal dengan GPU miliknya, iaitu cip komputer khusus yang pada asalnya direka untuk memproses grafik permainan video pada kelajuan tinggi.

Cip-cip ini kini telah menjadi enjin penggerak di sebalik alatan AI, daripada bot sembang (chatbots) sehinggalah kepada penjana imej dan ejen yang boleh melaksanakan tugasan untuk pengguna.

Minggu lepas, Nvidia telah melancarkan cip komputer riba yang berkuasa untuk peranti Windows, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran PC pengguna generasi seterusnya yang disepadukan dengan AI. – AFP.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • AMD Lancar Edisi Khas Ryzen 7 5800X3D Berharga ~RM1,380
  • New York Mohon Sekat Pembinaan Pusat Data Baharu Selama Setahun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY